CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 13, 2013

Our 3rd Hero

Alhamdulillah...hadiah hari ibu yang cukup bermakna...
Our 3rd Hero 
"Muhammad Raid Safwan bin Mohd Rais"

Tarikh : 12.05.2013
Masa : 1.45pm
Lokasi : Hospital Selayangku Sayang



loves, 
mamaRaid

Sunday, May 5, 2013

Cendol Durian Borhan

pernah tak korang try cendol en.borhan nih??

pergh...meleleh..sampai mama ngidam cendol nih..
ari tuh masa sibuk cari pasar kat kuala selangor TER...lalu tempat cendol nih..
tergerak la ajak papa singgah breakfast sini..(awal jugak ek diorang bisness)
tapi masa tuh tak sungguh-sungguh makan..sebabnya masa makan tuh pagi-pagi..
dan-dan sakit perut..jadinya sibuk cari tandas dari menikmati cendol nih..
tu yang bila balik rumah...dok la terbayang-bayang cendol nih...
bila nak repeat balik dok risau takut bby nak keluar walaupon baru 32weeks masa tu..

so sekarang nih memang da rasa tak tahan sangat nak bantai cendol nih..
mana tak tahan nyer..cer tengok gambar bawah nih...terliur kan??
 
 
dok la google lokasi lain kot-kot ada yang dekat-dekat dengan hospital..
takde la rasa risau masa tengah makan cendol..
baby mama ni semua jenis xsabar nak keluar tengok dunia..tu yang asik risau je kalau keluar kat kawasan yang jauh dengan hospital..takut nanti jadi kes macam adam...dalam kereta dah dok meneran nak bersalin..
tak mo....tak mo...
 
google punya google jumpe lah ada jual kat gombak...boleh la kot..
nanti sempat rasanya nak lari ke hospital selayang...huahuahuahu...
 
oh...cendol durian..tunggu kedatangan aku tau =)


Sunday, April 28, 2013

Pasti's Sports Day

Memandangkan raid syazwan anak sulung kami..
dan memandangkan ni adalah sekolah pertama syazwan...
jadinya..ni lah 1st time kami menghadirkan diri ke sports day sekolah anak..
--------->  very excited..
 xsabar nak tengok ari sukan syazwan...almaklumlah 1st time..
nnt klu da berkali-kali tengok agak-agak excited lagi tak??

syazwan jer malas..bangun-bangun pagi terus menangis xnak gi sekolah..katanya penat
 (maybe penat sbb 3hari berturut-turut berlatih sukan kot..kesian anak mama...)
terpaksalah pujuk cakap lepas sukan kalau raid menang, mama beli otomen...
dan..dan...sihat..terus mandi..terus pakai baju nk g sekolah..makan pon dah xsempat

 -------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 28.04.2013
Lokasi : Padang Bola Fasa II (rasanya kot..haha)
Sekolah : Pasti Little Ikhwan



sebelum acara bermula...cikgu-cikgu akan pastikan murid-murid dilengkapi dgn alat-alat mekap mengikut kumpulan rumah masing-masing...
budak-budak sume mcm xde perasaan jer bila cikgu dok mekap diorang..yang nmpak over excited cikgu2nya...nak pastikan kumpulan memasing menang...lumrah la kan..


raid syazwan...before & after mekap sebelum upacara perbarisan....simple jer..

acara : fighting komander ala-ala askar



 game nih raid dapat no.3...ikutkan boleh dapat no.1 (nak jugak anak dia no.1)
yg ni sbb ada 2 orang team raid nak tak nak jer buat..geram plk mama nengok time tu
hrmmm...maybe diorg penat kot...always positive kan..haha

acara : Sidai gula-gula..dapat no.2
(semua nama game main tibai jer..dah xigt apa nama dia)




tetamu yang hadir : opah..atuk..acu..pakSu..makLang..pakLang..damia..& nuha..
..TQ for coming..

  kami anak beranak..

.tetamu yang lain dah balik rumah bila game raid dah habis..
tinggal lah kami anak beranak tunggu sampai acara habis...

sebenarnya papa yang excited...sbb nak tunggu.........
utk bergambar dengan ........

.....tadaaaaaa......

kenal tak sapa mereka nih??



Thursday, February 28, 2013

Irman & Aishah

Tarikh Nikah : 23hb Feb 2013 @ lepas asar
Tarikh Sanding : 24hb Feb 2013 @ Klang
Reception : 8hb June 2013 @ Trolak, Perak
Alhamdulillah..akhirnya ke jinjang pelamin jugak ko...
Congrats to both of u..
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang berdua 

dan smg Dapat zuriat yg soleh & solehah
last but not least..
semoga cepat kejar aku...hahahaha

Wednesday, January 2, 2013

1st Time Daftar Sekolah


sedar tak sedar, raid syazwan dah masuk 5 tahun..
so tahun ni nak masukkan R.syazwan ke tadika..
survey punya survey,, akhirnya kami buat keputusan hantar R.syazwan ke 
Sekolah Tadika Pasti Little Ikhwan

senang lepas ni pandai mengaji, baca doa, membaca etc pastu leh ajar adik R.adam sekali.

 punyer la seronok nak ke sekolah..sampai R.adam pon nk ikut..
masa registration ari tuh,,,R.adam menangis xigt punya sbb nak bj sekolah..
katanya "nak baju cantik...nak baju cantik"
bila da bagi try baju terus lari keluar tak nak buka baju
at last terpaksa la belikan dia baju sekolah jugak..huhuhu..
adam....adam...
nanti dah 4tahun mama daftarkan adam masuk sekolah yer
pastu nanti time tuh jangan ngelat tak nak sekolah pulak yer..
 
snap pic dulu sblm pergi sekolah


disebabkan mama lambat daftar sekolah, R.syazwan kena sekolah sessi petang..
tak tau la ok ke tak..sbb nya masa sebelum sekolah tiap2 tengah hari R.syazwan akan tido..
harap2 bila kat sekolah nanti R.syazwan jangan tido pulak yer..
"Belajar Rajin-Rajin Tau..."
Nanti dapat No.1 mintak kat papa hadiah...


loves,
mamaRaid




Monday, September 10, 2012

~~Ubat Cacing~~


Tadaaaa....

hasil rembetan lunch tadi...
~~~Ubat Cacing~~~

(mahal jugak ubat nih...satu tablet je RM8.80...Igtkan dalam kotak nih ada bnyk tablet..rupanya ada satu jer...tu yg rasa mahal...hehehe)

mana la tau....kot-kot diorang ni sakit sebab ada cacing..

Masalah Cacing, Pencegahan dan Rawatan

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Cacing yang Popular di Malaysia

  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..  

Tanda atau Gejala Jangkitan

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
  • Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
  • Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Demam, ruam-ruam badan, alahan
  • Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit) 

Pencegahan dan Rawatan 

Apa yang anda perlu buat :-
  • Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
  • Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah{mosimage}
  • Potong kuku pendek
  • Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
  • Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
  • Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
  • Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
  • Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
  • Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
 
"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya..


kredit info di ratuhati.com web ni memang banyak info untuk semua ye:)
http://ratuhati.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=871

Sunday, September 9, 2012

Alahai...anak mama....

sejak dua menjak nih..
anak-anak mama dok main pas-pas baton..


bila abang dah sihat...adik pulak ganti..
bila adik sihat..abang sambung balik...
haisssshhh...pusing kepala..

sampai 2 3 orang ingat perut mama ada isi..
ada ker sampai macam tuh sekali diorang pikir,,

cett....
xpatut...xpatut...

*******
*****
***
sambung balik cerita...

ni dah masuk round ke-3 diorang main pas-pas baton nih

adeh...apa lagi nak buat ek??

ada orang kata takut anak ada cacing..
tapi kalau nak diikutkan, rasanya syazwan xpernah pon makan ubat cacing
sekarang dah nak masuk 4tahun..

hrmmm....macam mana ek??