CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 30, 2014

A&H : ADULTS TELEMATCH

tadi makcik kayo...makcik kayo...

kali nih plak makcik suko...makcik suko..
 agenda yang ditunggu semua orang...mana taknya, masa nih la nak tunjuk skill power, masa nih lah untuk membuang lemak-lemak yang tersimpan sudah lama..masa nih lah masa yang sesuai untuk ibu-ibu muda bersukaneka..dan yang paling penting masa nih la masa nak membalas dendam atas kekalahan tanpa keadilan family day tahun lepas..semuanya akan jadi masa nih lah...

entry lepas i dah cerita tentang ahli dalam setiap kumpulan...tapi takpe,,kita boleh recall balik...

KUMPULAN KELABU
  diketuai oleh kakcik..
anak-anak buah plak nampak macam berat ke arah untuk sibuk menjaga anak-anak..jangan nanti bile referee tiup wisel ahli kumpulan tengah sibuk bancuh susu anak..hehehe...harapkan fendi & tanja je lah..eti memang xminat sukan-sukan nih...kumpulan yang ada harapan untuk amik tempat no.4


KUMPULAN PUTIH
diketuai oleh MakNgah...
ahli-ahli kumpulan nampak ada keseimbangan disitu antara lelaki dan perempuan..cara mereka bergambar pon dah nampak keseimbangan..harap-harap kumpulan ni akan menjadi juara pada tahun ini..kita tengok dan lihat sapa yang kena..


KUMPULAN HITAM
 diketuai oleh MakJang
ahli-ahli kumpulan ni macam nampak akan memberi saingan pada kumpulan lain...nak kata terror boleh jugak...tapi rasanya macam boleh makan lagi...


KUMPULAN COKLAT
 diketuai oleh MakUlung @ MAmi
kumpulan nih nampak dari jauh macam suam-suam kuku...tapi kalau tengok dari dekat boleh tahan la keras kukunya...susah nak jangka untuk kumpulan nih...kira macam jangan diberi muka pada diorang nih..kang diorang ngap kita

-------------------------------------------------------------------------------------

sebelum nak start games, macam biasa president akan bagi sepatah dua kata dulu...biasalah president kali nih agak gile microfon...
tu yang keje nya nak bagi taklimat jer....

 peserta dengar dengan penuh khusyukkk...good job!!!

settle taklimat
sessi panaskan badan pulak...bagi otot-otot longgar sikit..
baru lah syok kita berlawan nanti

conducted by hana a.k.a menantu kesayangan presiden kita

macam-macam style si hana ni buat..thumbs up utk hana...kitorang enjoy untuk sessi memanaskan badan 


macam nih la...bertindak mengikut arahan...cantik view kat hujung tuh..


haaaaaaa....yang ni extra job...kitorang soh jogging setempat...
tapi diorang gelek satu padang punya...takpe..takpe...janji semua happy

bila dah settle warming up...semua masuk kumpulan masing-masing...kejap jer lagi kita akan mulakan sessi sukaneka...
jangan bergadoh-gadoh...boleh bawak bincang...kata referee kita
sapa ek nama dia...lupa dah

game 1 : hulla hoop
setiap kumpulan akan buat satu barisan panjang dengan setiap ahli kena pegang tangan..peserta 1 akan pegang hulla hoop..
setiap peserta kena masuk dalam hulla hoop tu tanpa melepaskan tangan,kemudian pusing balik...dan hulla hoop tu akan pergi pada peserta pertama balik...faham semua??

kalau badan kecik-kecik senang jer nak masuk gegelung tu..

kalau badan sedikit berisi perlukan skill untuk buat lentokkan agar gegelung tuh jatuh ke bawah..macam paksu buat tuh..kemain suka paktam menyengeh...sian paksu time nih, peluh usah cakap lah..dah bertitik-titik jatuh kat tanah


**game ni takder mencabar kekuatan ahli...tetapi mencabar dari segi fizikal peserta...cer pikir kalau ahli kumpulan kita ada masalah fizikal di situ...dah sah-sah berjam-jam hulla hoop kat dia jer...sib baik deme nih pandai main lentok-lentok tu yang cepat tuh..tapi memang xleh lawan kalau group diorang semua keding-keding je..sekali tolak jer hulla hoop kat kepala terus jatuh bawah..senang..cepat dan pantas...xyah la sibuk nak lentok bagai..
game ni pon ada yang nak main tipu...adoi la..sib baik ada yang main tipu, takde la kumpulan iolls dapat nombor corot..

game 2 : hockey pockey
 setiap kumpulan akan dpt kayu hoki dan 1biji buah kelapa..pukul buah kelapa tu macam main hoki sampai hujung dan patah balik pas pada ahli lain sampai habis..

- gaya en. hubby terlebih pukul..
orang soh buat pusingan dia g bantai pukul kan dah lari jauh...
- umi pulak siap menggunakan kaki untuk mengadjust 
buah kelapa membuat pusingan 'U' di situ..
**ok game nih plak kena ada guna kekuatan sikit..untuk pukul buah kelapa tuh..sila guna kekuatan sikit jer..jgn banyak sangat nanti jauh pulak buah kelapa tu melantun..kang satu keja pulak nak kejar buah kelapa tu balik pada tempat asal...kena ada skill pukulan..mungkin yang main golf lebih terror untuk game ini..betul tak??ker jauh lari jugak??

game 3 : back to back
berpasangan akan bawa 2 bola..satu bola di kepala..satu bola di celah kangkang salah sorang pasangan..bawak sampai hujung dan patah balik utk tukar pasangan sampai habis...

nampak steady jer pak mertua & menantu bawak bola sampai habis...macam tuh sengetnya dari mula sampai habis...

dua pasangan boleh tengok kat atas nih..satu nampak cool jer..satu lagi nampak macam serba tak kena...cube teka yang mana satu sampai dulu??

pasangan abang & adik..tangan sepanjang-panjang didepakan..padahal referee dah cakap tangan letak bawah..gunakan kepala untuk jaga bola di atas...choiii...kantoi sudah...tunggu masa jer referee kat belakang tu nak tiup wisel,,sila buat lagi sekali...

**game nih paling kelakar...igtkan mula-mula bawak satu bola jer..senang la kan..rupenya 2 bola nak kena jaga..tu yang macam-macam gaya terpamer..wisel toksah cakap la..banyak kali berkumandang masa game nih..tapi depa nih buat tak tau jer..jalan sampai habis...malas nak ulang semula..tu yang kumpulan kami kalah...hahahaha...tiba-tiba


game 4 : giant slippers
kena pakai selipar giants bawak sampai hujung tukar kawan bawak selipar tu balik ke tempat asal

tu dia...selipar giant..memang berat..belum start lagi dah terjatuh

kumpulan putih yang dikhabarkan keliru kaki kiri dan kanan..sebab tuh selipar giant mereka tak bergerak-gerak...sobs..sobs...sobs...
iollss kat belakang tuh..letih dah jerit kiri kanan kiri kanan tapi tak gerak

boleh la eksyen, selipar giant korang ringan,tu yang laju jer bawak...kitorang punya berat, tu yang tak gerak-gerak..tak adil lah macam nih


game 5 : tarik tali 
tarik tali sampai tumbang kan pihak lawan...paham tak??

sebelum acara tarik tali bermula...konon gerun la buat muka macam tuh...
kitorang tak takut pon...dush..dush...

seeeee...sampai terjatuh-jatuh nak mempertahankan tali mereka..
gaya sebelum bertanding bukan penentu kemenangan...hahaha

iman nampak macam ngelat jer tarik tali tuh...kesian yang lain kena guna lebih tenaga..

**game yang memerlukan kekuatan yang tinggi..lepas main game nih terus sakit belakang..hahaha


KEPUTUSAN TELEMATCH : 
1. HITAM
2. KELABU
3. COKLAT
4. PUTIH

walaupon kumpulan kami kalah tetapi kami kalah bermaruah...
lawan tetap lawan...
nanti kitorang akan practise main selipar giant dengan lebih kerap lagi..
siap praktis kawad sekali untuk pastikan tiada kekeliruan kiri dan kanan..

---sekian--

loves, 
mamaRaid

No comments:

Post a Comment