CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 29, 2013

Adam Warded

dekat 3 ari Adam demam tak kebah-kebah..
dah bawak g klinik tapi doctor xbg pulak antibiotik...
masuk ari ke-4 bila opahnya cakap Adam tak mo makan & minum susu 
terus mama & papa decide bawak Adam g spital..
mana lah tau kot-kot nanti doctor akan masukkan air..
sebab bulan lepas jadi macam nih jugak...cek darah & xray suma ok..
last2 doc masukkan air sbb tgk Adam mcm xbermaya jer
lepas dah masukkan air,,,esoknya terus Adam sihat...alhamdulillah

Tapi....kali nih kitorang g spital lain plak jadinya...
doctor suspect Adam kena jangkitan kuman kt paru-paru..
sbb doctor tgk Adam bernafas sangat laju..
as usual,,kena cek darah & amik x-ray...
tunggu punya tunggu....result keluar...Adam admit ward...ada jangkitan kuman..
dekat kol 11.10pm baru kitorang dapat katil kat ward tuh...
punya lah lama kena tunggu kat bawah tuh...



malam pertama di hospital : doc advice bukak baju tuh senang nak lap-lap bg panas kat badan cepat turun..

paginya bila mama datang melawat..kemain muncung merajuk nya..marah sbb bg adam tido hospital..
tapi....mama tau macam mana nak pujuk Adam..senang je caranya...


----------------------------------------tadaaaa,,,,,


ni lah ubatnya...umpan hp jer...terus main game..terus lupe merajuk 


malam ke-2...beransur pulih..sekarang doc nak make sure kuman betul2 xde baru boleh discas..


malam ke-3 : demam datang balik...siap tido kat katil pelawat,,katil dia sendiri ada xnak plak tido,,dah org yg jaga dia kena tido atas kerusi malam nih...hahaha

neb tetap kena amik..

**mula-mula hari pertama doc bg excuse sbb tgk adam meraung-raung xnak pakai..tapi bila doc check adam xde perubahan tu yg doc kata adam tetap kena teruskan amik neb..nangis pon nangis lah..janji cepat baik.. ni pon diam sbb nurse tunggu kat tepi..baru lah adam merelakan diri..hehehe

reaksi adam bila pakcik-makcik-nya datang melawat..malu xingat punya..ikut perangai sapa la nih..adeh..

****tapi Adam tetap tunggu kedatangan abg ujang...mana yer abg ujang xmuncul-muncul nih...kenapa yer??

Tarikh warded : 23.08.13 - 28.03.13
Hospital Selayangku Sayang....

sekilas pandang...lepas nih kena lebih berhati-hati..

Saturday, August 24, 2013

A&H 2013 : Sukaneka (Part 2)

waduh....waduh...
berjanggut betul nak menghapdate entry sambungan nih...
nak kata bz...xjugak...tapi rasa macam bz jugak la..
dengan nak closed akaun opis lagi...dengan nak tunggu ea form orang lagi...
Oppsss..ter cerita pulak..
rasanya orang tu tak reti kot baca-baca blog nih...peace

apa-apa pon candy crush tetap sempat jugak main...hahahaha <--------- span="" tiba-tiba="">

okey la,,kita back to tajuk atas key..

mula-mula kita cerita pasal game untuk kategori kanak-kanak 
(bawah 12 tahun)
sapa rasa bawah 12 tahun sila beratur yer...buat barisan...


1. pancing ikan (johan : Husna,,,naib johan : Raid Syazwan... ke-3 : Iskandar)
---pelik jugak raid boleh kalahkan abg kandar & abg izham disitu...lepas nih a.awal kena beli game tangkap ikan..boleh practise main kat umah nnt yer..raid dari kecik sampai skrg memang tu jer pon mainan dia kat umah..tu yg xde hal nk tangkap ikan banyak-banyak....

 2. Gegelung bola (johan : Izham,, naib johan : Husna...ke-3 : Sofea)
yg lain tuh penuhkan korum jer..bg chance main...padahal xkira pon 
especially yg kat bawah nih...

**mak bapak yang lebih-lebih...padahal budak-budak tu rileks jer main
**bab explanation pon mak bapa jugak yg lebih-lebih explain padahal anak-anak paham je arahan yg diberi...takut anak-anak kalah ler tuh...wahahaha

-----------------------------------------------------------------------------------------

untuk game orang dewasa pulak...
mula-mula macam biasa masuk barisan ikut kumpulan rumah masing-masing,,
dah masuk kumpulan kena wat tema trademark kumpulan siap-siap..
kat sini saya tepek untuk satu kumpulan je..kang kalau masuk semua kumpulan penuh lak entry nih dengan gambar je...so kumpulan yang bertuah tu ..........

 rasa apa...awreen...

acara sukaneka : 
1. gelecek bola...
- acara ni dimenangi dengan pemain tipu terbaik oleh kumpulan biru...
(berdoa je lebih,,,tapi main tipu...choii)



 2. lari dalam guni sambil bawa bola

 - acara nih pon main tipu..kumpulan yang main tipu dengan cepat & jayanya di menangi oleh kumpulan hijau...

kesian dekat kumpulan pink sbb setiap kali nak main tipu orang lain dah habis...


----protes dari kumpulan oren akibat dari ketidak puas hatian kepada kumpulan hijau & biru...
choiiiiii


 3. boling padang
---haaa...game ni xboleh main tipu..sebab sorang-sorang kena baling..
tu pon game ni bnyk jugak protes..sampai undang-undang baru terpaksa digubal di atas padang pada ketika itu juga..
--sapa amik buah kelapa terus dapat kosong...
cer teka kumpulan apa yg selalu dapat penalti untuk game nih????

cukup lah 3 game je pihak organiser buat...
poning diorang nak pastikan tiada penipuan dalam setiap game...

tp apa-apa pon ...organiser kali nih memang Tak Best...
bukan macam abg shamsir kat pangkor ari tuh kan???
xfrenly langsung...muka malas jer...
eiiiii...kitorang bayar tau...bukan Free..

last-last untuk tidak menghampakan ahli-ahli yg xpuas main 
akibat nak main tipu tuk menang kan kumpulan masing-masing..
makanya kita sendiri buat game...

"game baling kasih sayang..."
 atau nama straigh forwardnya baling telur...

(sila ke entry SINI)


------------------


Sunday, August 18, 2013

A&H 2013 : Main Telur

setelah penat main tipu dlm acara sukaneka,,,
kini tiba giliran permainan yg confirm xboleh tipu
game --------> kasih sayang atau nama game straigh forwardnya di panggil 
game main baling telur..

ehemmmmmmm.......seperti biasa la kan...
kena mengimbau sapa juara tahun lepas...
tapi tahun lepas bukan main telur..kitorg main baling belon...

Juara Baling Belon a.k.a..Juara game baling kasih sayang
jatuh kepada...

jeng...jeng...jeng...

---------------------------------------------pasangan sehati sejiwa..
wanchu & ana 


 Orait..kembang kempis hidung dah settle...

kini tiba giliran juara tahun 2013..
xtau lagi kan sapa???ker korang dah tau ek??
kalau dah tau tu please diam-diam dulu boleh tak..
baca entry nih sampai habis baru uolss bgtau orang lain okey...


tu dia...panjang nyer beratur..
 kalau dulu,,main tolak-tolak kena paksa masuk..tapi tahun nih..tak payah dipaksa-paksa..
sendiri nak masuk..siap yg tengah pregnant pon nak jugak masuk

penyertaan yg sangat banyak tahun nih..membawa kepada pihak urusetia bercadang
untuk menyediakan hadiah yg sangat lumayan kepada juara main telur

 bila dah dengar hadiah lumayan..
------mmg mati-matian mereka semua tangkap telur tuh,,,

(sedangkan game sukaneka yg hadiah hamper tiap-tiap tahun pon bermati-matian semua nak menang siap main tipu lagi...inikan pula bila dikatakan hadiah lumayan menanti kepada juara...memang main betul-betul mereka semua nih..baling telur sampai xpikir dah bini ke tidak..apa yang penting nak menang)

tak percaya????
cer tengok...cer tengok...
...macam-macam aksi ada....
 
 
gambar atas :  elok lak tuh mami ngn ujang dok perhatikan duen tangkap telur...nice pic
gambar bawah : muka a.heri mcm xpuas hati jer dgn gaya maksu nak tangkap telur..boleh ke x nih??boleh ke x nih??


macam-macam aksi...yg tutup mata sambil tangkap..yg terkangkang-kangkang tangkap telur pon ada...


isshhhh.... tak cukup lagi tuh...ada lagi 
----------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------

---------------------------------------------------

gaya dua biras...
------yg ayahcik tuh kita paham la nak tgh tunggu masa telur nak sampai...yg paksu kat belakang tuh..blom turn dia lagi nak tangkap telur..tangan dah bersiap sedia nak tangkap..penangan nak dapat hadiah lumayan lah tuh...


ada lagi....ada lagi....
-----------------------------------------------------------------

--------------------------------------------

 gambar 1 : mana telur nih xmuncul-muncul....
gambar 2 : alahai...salah landing pulak...
gambar 3 : yes...berjaya..telur di dlm genggamanku

ok uollss...sampai sini sahaja coretanku...
eh...lupe plak nak war-warkan juara main telur 

jeng...jeng...jeng...
---------------------------------------

---------------------------------------------pasangan sehati sejiwa..
fendi & zaman

Congrats to both of u...
 tapi kesian korang..janji urusetia sgt dicapati..
akhirnya korang xdapat apa-apa pon..
nasib i xmenang..kalau x..mesti i dapat rasa apa yg korang rasa skrg kan??

Thursday, August 15, 2013

A&H 2013 : Sukaneka (Part 1)

walawey...sukaneka time is coming..
acara kemuncak our family gathering...

lokasi sukaneka : Hot Spring Sg. Klah, sungkai...

kalau diimbau kembali,  tahun lepas
Juara kumpulan adalah kumpulan  PINK (go jambu..go jambu...go..go..go..)

jadinya tahun nih klu nak tau sapa yang menang??moh ler kita baca sampai habis...

--------------------------------------------------------------

permulaan cerita
acara pembahagian kumpulan : kali ni dibuat melalui cabutan undi..
ini disebabkan pihak penganjur asyik mendapat aduan ketidakpuas hatian ahli-ahli apabila pihak penganjur yang menentukan ahli setiap rumah pasukan...
**deme sume ni kojenya protes jer..ada je yang xkene..dari nak start sampai la nak habis..protes memanjang,,biasalah bila xmenang-menang,,,protes je la selagi boleh..
klu xcaya sambung baca lagi..

bila undian sudah selesai..
pengumuman senarai ahli kumpulan dibuat beserta pemberian baju..
tgk!!yg ni pon ada jugak yang xpuas ati...
kata xadil..padahal sendiri yang cabut undi..
belum lawan lagi dah rasa nak kalah..

**ni mesti ada yang tido malam ngigau-ngigau kalah main

---tahun nih pembahagian kumpulan telah dibuat kepada 6 kumpulan..

1. Kumpulan PINK
kumpulan yang paling kuat membuat protes..
niat ingin membuat penipuan dalam permainan 
tetapi apakan daya baru nak start main tipu team lain dah habis main..hahaha

------>> akhirnya mereka tewas dgn merosot skali...
sehinggakan salah seorang dari ahli kumpulan ini sudah nekad utk tidak menyertai mana-mana kumpulan pd tahun akan datang akibat 3 tahun berturut-turut mendapat nombor tecorot..
lepas nih katanya nak jadi referee

(dari kiri : azmil, dwen, k.fiza, kakcik, tanja, pakNgah & apis)

2. Kumpulan BIRU
dulu kumpulan ini sering diiringi dengan nama celaru...
oleh itu, bg mengelakkan kekeliruan berlaku dalam team mereka..
ketua kumpulan mengambil inisiatif dengan sering memanjatkan doa 
bg menjauhkan celaru datang bertandang..
keje diorang berdoa jer...dari awal permainan sampai lah habis...
main tipu pon berdoa jugak...apa nak jadi pon xtau...
**apa pon xboleh **

 (dari kiri : a.long, pakTam, dania, k.gee, maria, a.heri, a.azam) 

 3. Kumpulan Merah
tiada gambar dikepilkan akibat daripada reben tertinggal..& tidak dapat dijejaki..
akibat drpd kecuaian itu...gambar kumpulan ini digam bg memberi amaran kepada kumpulan ini dan kumpulan lain agar lebih berhati-hati & bersiap sedia dalam semua arahan diberi

(pakUlung, ujang, iman, wanchu, a.zaidi, atiqah & zaman)
**jaga-jaga..merah datang menyerang....**

4. Kumpulan Hijau
**juga tiada gmbar dikepilkan bukan sbb mereka xde reben tapi disbb kan oleh pihak source gambar merajuk utk memberi gambar kepada org ramai..

kumpulan ini dikatakan menjadi tentangan hebat kpd kumpulan lain,,kononnya lah....
kata mereka tuah ketua iaitu pakjang a.k.a tok uban dikatakan akan membawa tuah kepada merah...
tapi apakan daya...tuah xmo xdatang..kecundang juga yang datang

(pakJang, fendi, makSu, a.iwan, ecah, k.nida & aisyah)

5. Kumpulan Kuning
kumpulan apa??  ku...ku...ku...kuning!!!!
kumpulan kuning adalah satu-satunya kumpulan yang menyenaraikan semua pemain turun padang..xde satu pon yang xdapat main..
semua main tau...bayar mahal-mahal klu xmain rugi la duit...
**raifana diganti oleh irdina masa sukaneka
walaupon kami xjadi juara...tapi kami tetap bangga sbb memberi peluang kepada semua peserta menunjukkan skill dalam setiap permainan..

 (dari kiri : shuhadah, a.awal, ana, raifana, danial, ayahcik & firdaus)
 
6. Kumpulan OREN
rasa apa???AUWWWWREEENNN
kumpulan yang sangat mendapat perhatian dari semua pihak..
kumpulan yang sering kelihatan menarik dan tertarik ini sering membuat pihak urusetia hilang kawalan semasa membuat pengadilan di padang..ini mengakibatkan pengadilan menjadi tidak telus dan menyebabkan kumpulan lain dengan senang lenang membuat penipuan..
 
 
 (dari kiri : a.rais, irfan, pakSu, sarah, eti & kakLong...maskot : zani aka nani)


*****penat sudah....sambung next entry yer...

Tuesday, August 13, 2013

A&H 2013 : Salam Aidilfitri

Alhamdulillah...
akhirnya penantian gathering 2013 berjaya dilaksanakan juga..
tetapi bukan diorganise kan oleh mereka yang dilantik

(atas sebab-sebab masalah jiwa kacau & kesihatan yg tidak dapat dielakkan,,kata president & vise president)

nasib ada organiser 2011 take over...mereka lah yg menguruskan gathering tahun nih..
""Cayalah korang...""
korang jugak yang boleh diharapkan..tahun depan korang jugak ker??

caah a.k.a choii & Ujang a.k.a kawin

Lokasi Gathering : Teratak Ibrahim & Rosmaider 
Tarikh : 10.08.13, 8am-2am
 Bayaran : RM70/head (adults) RM52/head (child)
(charges termasuk makan 3x, sukaneka & tiket masuk hot spring)

 makanan pertama : makan malam

sementara menanti kehadiran sedara-mara...yang dah sampai, main bunga api dulu...
diketuai oleh pak Ulung..dia yang tukang pegang bunga api..
------>> make sure bunga api kt tangan dah habis baru dapat yang baru..
*cara-cara ini adalah utk mengelakkan pembaziran bunga api berlaku...

bila korum dah cukup..agenda pertama dimulakan..seperti tahun-tahun dahulu..
'Bacaan Yassin dan Tahlil utk our Beloved Atuk, Nenek & Mak Deih'
***Al-Fatihah

tok imam (bj hijau) dan tok bilal (bj purple)

---------------------------------------------------

selesai bacaan yassin & tahlil, aktiviti seterusnya mcam biasa jugak..
ucapan dari setiap wakil family bg yg dah berkeluarga...
yang belum tu kena bg ucapan sendiri-sendiri la yer..xde sapa nak tolong 

Alhamdulillah..
nampak gaya tahun nih mcm semua dapat hadirkan diri..
eh...xjugak..amal & hana tak dapat datang laaaa..
mana taknya..sibuk dengan majlis kawin kali ke-3..
org kenduri kawin 1x je...deme nih berkali-kali..untung deme nih kan??

tapi tak pe, fyi. tahun ni ada peningkatan jumlah ahli yang joint gathering kali nih..
tadaaaaa.....
 
 wajah-wajah baru yang joint gathering 2013..sorry gambar aisyah xde dlm nih...

 gambar sekitar majlis malam raya

salam-salam sambil kutip duit raya...

*****tahun nih penuh tangan pegang sampul duit raya anak-anak..
ingat tahun depan klu tambah lagi satu..mau xcukup dua-dua tangan nk pegang...
lepas nih papa kena get ready laa....wahahaha

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri 2013



Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari kami sekeluarga =)

***sesapa yang nk wat open house jgn lupe ajak kami yer..
insyaAllah kami dtg tolong habiskan makanan...wakakaka

Sunday, August 4, 2013

Iftar - Ramadhan 26

seperti yang dijanjikan..hari ni kami semua berbuka puasa di rumah ibu..

Tarikh : 04.08.2013
Lokasi : No. XX, Jalan Xx/XX, Selayang Utama, Selayang
Menu : Nasi Minyak.(Lauk Ayam Masak Merah & Kurma, Kuah Dal, Papadom)..Steamboat ala-ala Johnnys, Puding Caramel, Sirap Bandung Soda, Teh Tarik & Teh O..
 
 
 sebelum & selepas berbuka
 
bila perut dah kenyang...macam biasa la...agenda chit chat je la..
sambil di temani gelagat zani ngn adam..
 
 
dah macam cerita labu-labi je gaya diorang nih...

p/s : macam biasa jugak...gambar makanan non-ada...sbb khusyuk menikmati makanan...
bila dah habis baru teringat xamik gambar pon...huhuhuhu..

Saturday, August 3, 2013

Iftar - Ramadhan 25

pejam...celik...pejam...celik...
sekejap jer dah 25 hari kita berpuasa...
sapa yang puasa penuh setakat hari ni..alhamdulillah..
sapa yang xpenuh tu...jangan wat-wat lupe ganti puasa nanti k..

~~~~hari nih kami iftar di rumah kakak saya aka Kaklong.

Tarikh : 03.08.2013
Lokasi : No. XX, Jalan Xx, Aman Perdana, Klang.
Menu : Nasi Ambeng...Nanchos Cheese, Tuna Roti Cheese, Cempedak Goreng, Kuih Tart Cheese, Banana Split, Sirap Bandung, Teh Tarik & Teh O..

 nanchos & tuna roti cheese (hehehe...nama menu bantai jer..lupe nama dia)

nasi ambeng...1st time bagi tetamu datang makan nasi dalam talam...
ada yang reti..ada yang tak reti..ada yang buat-buat reti..
ada yang terus surrender mintak pinggan terus
 ekceli syok gak makan macam nih..cer korang wat macam nih..
baru tau macam mana syok nyer...

selesai makan-makan...tepat jam 9pm kami mulakan aktiviti solat tarawikh..
diimamkan oleh abah saya aka pakNgah..bilal oleh pakJang

selesai solat tarawikh..time for dessert...Banana Split + Oreo
sempat snap satu cup jer..yg lain dah kena rembat laju-laju 

~~~~~~~~gambar makanan lain pon xsempat snap...hehehe
yang tu tak sempat sbb dok sibuk melantak...

ok dah letih...sambung esok pulak...
iftar kat rumah ibu aka makNgah...