Tadaaaa....
hasil rembetan lunch tadi...
~~~Ubat Cacing~~~
(mahal jugak ubat nih...satu tablet je RM8.80...Igtkan dalam kotak nih ada bnyk tablet..rupanya ada satu jer...tu yg rasa mahal...hehehe)
mana la tau....kot-kot diorang ni sakit sebab ada cacing..
Masalah Cacing, Pencegahan dan Rawatan
Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.Cacing yang Popular di Malaysia
- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
- Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
- Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
- Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
Tanda atau Gejala Jangkitan
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-- Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
- Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
- Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
- Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
- Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
- Demam, ruam-ruam badan, alahan
- Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Pencegahan dan Rawatan
Apa yang anda perlu buat :-- Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
- Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah{mosimage}
- Potong kuku pendek
- Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
- Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
- Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
- Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
- Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
- Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi
dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan.
Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia
dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya..
kredit info di ratuhati.com web ni memang banyak info untuk semua ye:)
http://ratuhati.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=871
http://ratuhati.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=871
No comments:
Post a Comment