CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 28, 2011

sapa JUARA??

hohohoho...ari tuh kan Ovi Sports buat 2nd Tournament kan??
nak tau sapa Juara?? (budget macam belum diumumkan jer, sapa juara..haha)
semua orang da tau dah..

sumber dari SINAR HARIAN 27.12.2011

....SETIA KAWAN dinobatkan JUARA...
(Juara 2x berturut-turut utk Futsal Terbuka anjuran Ovi Sports)
kuat tak kuat la deme nih..

Baju yg deme pakai pon, baju hadiah masa 1st Tournament ari tuh..
(aura Juara..tu yang dapat mengekalkan keJuaraan deme tuh)



CONGRATS SETIA KAWAN



Saturday, December 17, 2011

2nd Mini Tournament by Ovi Sports

Tarikh : 17.12.2011
Tempat : Sports Planet, Seksyen 16 Shah Alam
Jumlah Pasukan : 24

moh kita layan gambar sepanjang perlawanan nih berlangsung..

pengurus pasukan mendapatkan jadual pelawanan di meja urusetia

Antara gambar pasukan yang bertanding (kat kamera sy je nih):-

oren : PPTSB

Sinar Malaya (Sinar Harian)

Spark FC

Katak Turbo

Sahabat FC

AC Jr

Jalal FC

IPV6

Ahmad FC

Setia Kawan

ok da habis..xmo citer lebih-lebih sbb da penat..

...ZzzZzZZzzz..

Wednesday, December 14, 2011

Syazwan Semput

bila cuaca xmenentu ni, mama mesti risau keadaan abg syazwan..

bukan apa, doktor da sahkan abg syazwan ada asma..
tp ada kemungkinan bila besar nanti,
asma abg syazwan akan berkurangan atau akan hilang terus..
(mama harap sangat-sangat, dah besar nanti abg syazwan da takde asma..insyaAllah.)

sekarang ni pon, syazwan tak banyak karenah kalau mintak dia pakai gas (nebulizer)
maybe dia rasa selesa bila dah amik gas + lepas warded ari tuh,
hari-hari syazwan kena pakai aero chamber, jadi da terbiasa..
ni la bentuk aero chamber..
benda ni khas utk kanak-kanak sebab diorang xpandai lagi direct terus kalau thru inhealer..
(based on apa yang doktor cakap la..if salah, betulkan)

merah : setiap hari kena pakai
biru : if nampak teruk, pakai biru..klu xok jugak, bawak pergi klinik/hospital

Tuesday, November 15, 2011

Oh Tidak!!!Susu + Darah???

dok asyik mengepam tibe-tibe tgk botol susu belah kanan lain mcm plak kaler
tengok punya tengok...
ALAMAK!!!ada DARAH???
baru mama teringat malam td penangan muhammad raid Adam..
sebelum melepaskan cik N sempat dia bg satu gigitan yg sgt kuat..
adeh...sakit sgt2, igtkan dah baik sbb xrasa sakit
alih2 td bila pam berdarah balik..
susu nih mcm mana ek??elok ke??boleh ke bg anak minum susu nih??
ker diharuskan mama buang??

botol belah kiri nmpak pink2 sikit sbb dah bercampur darah...

Terus mama search tenet pasal kes nih..alih2 terjumpe 1 blog, lega rasanyer bila baca blog nih :
(http://sereniety.blogspot.com/2009/12/blood-in-my-susu-ohmy-susu_09.html)

Pendarahan ini tidak membahayakan bayi dan ia selamat untuk meneruskan penyusuan. Darah dalam susu ibu bukanlah suatu yg ajaib atau luarbiasa tapi ia NORMAL. Terdapat kes di mana semasa penghujung pregnancy atau semasa minggu pertama selepas melahirkan, darah keluar due to broken capillaries and intraductal papillomas.

Nipple yg luka atau melecet juga kadang2 menjadi punca susu ibu yg keluar bercampur darah, di mana darah tersebut dtg drpd luka. Susu dan darah itu selamat serta tidak bahayakan baby jika diminum dan ia akan dibuang melalui najis baby.

Sebab fenomena darah di dlm susu ibu

“Vascular engorgement” or Rusty Pipe Syndrome
Darah yg disebabkan oleh pendarahan dlman yg kecil akibat dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu2 payudara di akhir pregnancy dan normal bg first time moms. Biasanye berlaku pada kedua2 belah payudara atau salah satu. Ia tidak menyakitkan. Darah yg hadir bersama susu ibu ini dipanggil "rusty-pipe syndrome", sbb warna karat dlm susu tersebut.

Broken capillaries
Penggunaan pam yg kurang sesuai atau Cara mengepam susu yg tidak betul boleh menyebabkan tisu2 payudara rosak dan ini boleh berlaku pendarahan kecil di mana darah tersebut keluar bersama susu semasa mengepam atau direct breastfeeding.

Intraductal Papillomas
Tumor yg tidak merbahaya dlm saluran susu penyebab kepada pendarahan. Tumor ini biasenye terdapat pada salah satu payudara sahaja dan tiada ketulan/lump yg boleh dirasa. Kadang2 intraductal papillomas agak menyakitkan. Pendarahan biasanye berhenti dgn sendirinya tanpa ape2 rawatan.

Rawatan Diperlukan.

Tiada rawatan khusus, except time yg menentukan ia kembali kepada normal. Ibu2 tak perlu risau,dan digalakkan meneruskan penyusuan seperti biasa kerana susu tersebut tidak memudaratkan baby anda, Selagi tiada berlaku apa2 infection pd luka, ia masih selamat untuk meneruskan penyusuan. Ibu2 digalakkan meneruskan penyusuan/ mengepam dan tunggu hingga pendarahan berhenti sendiri. Jika pendarahan disertai dgn rase sakit atau berterusan hingga 2 minggu, harus mendapat rawatan segera dr pakar/ LC.

Jadi daripada fakta2 di atas, dapat disimpulkan,
1. susu lama kelamaan akan bertukar menjadi darah adalah AUTA!
2. Susu yg bercampur darah selamat diminum oleh bayi kerana ia tidak memudaratkan.(After all, they shared a blood supply for nine months before birth!)
3. Ibu2 digalakkan meneruskan penyusuan atau mengepam untuk merawat masalah tersebut, insyallah keadaan kembali normal.

Tqvm dekat tuan blog =)
sudi sharing info...sharing is caring

Loves,
mama Raid


Sunday, November 6, 2011

Damia turn to 1year...Yeay!!!

berturut2 dok nyanyi lagu hari jadi time raya haji kali nih..
smlm dua2 hero mama...ari nih mia plak..

~>~>~>~>Happy Birthday To You,<~<~<~<~
~>~>~>Happy Birthday To You,<~<~<~
Happy Birthday To Nur Alisya Damia,
~>~>Happy Birthday To You<~<~

cake : chocolate indulgence (Secret Recipe)

sebelum potong cake,semua kena pakai topeng..
adam pon xketinggalan pakai topeng



hahaha..ni kelakar..mcm celebrate birthday syazwan jer..
birthday gurl dok belakang ngn opah..
(muka mia pon nmpak xpuas hati jer tgk syazwan konker cake dia)
syazwan plak lebih2 dok depan cake,cover2 la sikit..

Adeh..wat malu mama jer syazwan nih
lepas nih kita celebrate hari2 kat rumah tau..


loves,
mama Raid

Saturday, November 5, 2011

Happy BirthDay Versi Langat Pulak

(nyanyi lagi sekali..)
~>~>~>~>Happy Birthday To You,<~<~<~<~
~>~>~>Happy Birthday To You,<~<~<~
Happy Birthday To Raid Syazwan & Raid Adam,
~>~>Happy Birthday To You<~<~

cake : Red Velvet
syazwan + adam malu2 kucing sbb celebrate 2x dalam sehari..

sgt rileks menanti utk potong cake sbb xbnyk saingan yg nak potong cake..
klu kat selayang berebut2 semua nak potong cake


abg syazwan potong cake lagi..adam tolong tgk je..

moga anak mama menjadi anak yg soleh + sentiasa sihat selalu..Amin


Loves,
mama Raid


Happy BirthDay Versi Selayang

~>~>~>~>Happy Birthday To You,<~<~<~<~
~>~>~>Happy Birthday To You,<~<~<~
Happy Birthday To Raid Syazwan & Raid Adam,
~>~>Happy Birthday To You<~<~

cake : Rainbow + Angry Bird
Syazwan@3yr + Adam@1yr

Kemain seronok syazwan posing..semua yg kat dalam gambar tuh xsabar nak potong cake..

menarik kan kek nih??

credit to born2bake yg buatkan kek nih...
lepas nih dapat discount x klu order lagi??