CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 15, 2011

Oh Tidak!!!Susu + Darah???

dok asyik mengepam tibe-tibe tgk botol susu belah kanan lain mcm plak kaler
tengok punya tengok...
ALAMAK!!!ada DARAH???
baru mama teringat malam td penangan muhammad raid Adam..
sebelum melepaskan cik N sempat dia bg satu gigitan yg sgt kuat..
adeh...sakit sgt2, igtkan dah baik sbb xrasa sakit
alih2 td bila pam berdarah balik..
susu nih mcm mana ek??elok ke??boleh ke bg anak minum susu nih??
ker diharuskan mama buang??

botol belah kiri nmpak pink2 sikit sbb dah bercampur darah...

Terus mama search tenet pasal kes nih..alih2 terjumpe 1 blog, lega rasanyer bila baca blog nih :
(http://sereniety.blogspot.com/2009/12/blood-in-my-susu-ohmy-susu_09.html)

Pendarahan ini tidak membahayakan bayi dan ia selamat untuk meneruskan penyusuan. Darah dalam susu ibu bukanlah suatu yg ajaib atau luarbiasa tapi ia NORMAL. Terdapat kes di mana semasa penghujung pregnancy atau semasa minggu pertama selepas melahirkan, darah keluar due to broken capillaries and intraductal papillomas.

Nipple yg luka atau melecet juga kadang2 menjadi punca susu ibu yg keluar bercampur darah, di mana darah tersebut dtg drpd luka. Susu dan darah itu selamat serta tidak bahayakan baby jika diminum dan ia akan dibuang melalui najis baby.

Sebab fenomena darah di dlm susu ibu

“Vascular engorgement” or Rusty Pipe Syndrome
Darah yg disebabkan oleh pendarahan dlman yg kecil akibat dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu2 payudara di akhir pregnancy dan normal bg first time moms. Biasanye berlaku pada kedua2 belah payudara atau salah satu. Ia tidak menyakitkan. Darah yg hadir bersama susu ibu ini dipanggil "rusty-pipe syndrome", sbb warna karat dlm susu tersebut.

Broken capillaries
Penggunaan pam yg kurang sesuai atau Cara mengepam susu yg tidak betul boleh menyebabkan tisu2 payudara rosak dan ini boleh berlaku pendarahan kecil di mana darah tersebut keluar bersama susu semasa mengepam atau direct breastfeeding.

Intraductal Papillomas
Tumor yg tidak merbahaya dlm saluran susu penyebab kepada pendarahan. Tumor ini biasenye terdapat pada salah satu payudara sahaja dan tiada ketulan/lump yg boleh dirasa. Kadang2 intraductal papillomas agak menyakitkan. Pendarahan biasanye berhenti dgn sendirinya tanpa ape2 rawatan.

Rawatan Diperlukan.

Tiada rawatan khusus, except time yg menentukan ia kembali kepada normal. Ibu2 tak perlu risau,dan digalakkan meneruskan penyusuan seperti biasa kerana susu tersebut tidak memudaratkan baby anda, Selagi tiada berlaku apa2 infection pd luka, ia masih selamat untuk meneruskan penyusuan. Ibu2 digalakkan meneruskan penyusuan/ mengepam dan tunggu hingga pendarahan berhenti sendiri. Jika pendarahan disertai dgn rase sakit atau berterusan hingga 2 minggu, harus mendapat rawatan segera dr pakar/ LC.

Jadi daripada fakta2 di atas, dapat disimpulkan,
1. susu lama kelamaan akan bertukar menjadi darah adalah AUTA!
2. Susu yg bercampur darah selamat diminum oleh bayi kerana ia tidak memudaratkan.(After all, they shared a blood supply for nine months before birth!)
3. Ibu2 digalakkan meneruskan penyusuan atau mengepam untuk merawat masalah tersebut, insyallah keadaan kembali normal.

Tqvm dekat tuan blog =)
sudi sharing info...sharing is caring

Loves,
mama Raid


No comments:

Post a Comment