CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 8, 2014

A&H 2014 : Pembuka Cerita

----> Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk meraikan family gathering 
Ahmad & Hamidah buat kali ke-4...

kali ni pembuka acara lain sikit sebab kali nih kita perkenalkan dulu comittee members yang akan memastikan family gathering ni berjalan dengan lancar....jeng...jeng...jeng...

Calon-calon committee tahun 2014 adalah....

----------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------
---------------------------------------------
---------------------------------
---------------
Oooopppsss...sorry

bukan calon-calon dah...terus dipilih...kalau xnak pon kene jugak buat keje...
Jadinya Committee Members A&H 2014 adalah terdiri daripada :-

tu dia...gambar president...
Baik Punya!!!! 

Pak Tam @ Black Father @ Pak Gok
(banyak betul nama glamer...betul gila kuasa president tahun ni...)


----- dan dibantu oleh dayang-dayang cun melecun..hehehe..
motip kena ada dayang-dayang cun?? 
klu korang nak tau salah satu sebabnya senang nak deal ngn hotel dapat harga murah..
tak percaya???cer korang try tahun depan...u/p comittee member tahun hadapan
kalau mahal pakej korang, sure comittee korang xcukup cun...hahaha
 
PMT = perempuan melayu terakhir...ntah mana yg akhir ntah..aku pon xtau
KG = Kak Gincu...ni lagi satu..gincu bukannya selalu pakai..mcm mana leh lekat kak gincu ntah..buta kot orang yg bg nama glemer kt dia nih...sapa ah yang bagi nama kak gincu kat diana??cer angkat tangan...meh nk choet sikit
Bom Bom = sempena quotation yg bom bom katanya...tapi sampai sekarang xdapat-dapat..ker ada dapat??pls update..mana tau leh guna utk comittee tahun depan...

Ok....settle pembuka cerita..kita sambung next entry..
Tengah pikir...next nak cerita pasal apa dulu...


Loves, 
MamaRaid

Sunday, July 27, 2014

Salam Aidilfitri 2014

photoshoot @ Mahkamah Putrajaya
 
Tahun 2014...
kami dah ber-5..agak-agak tahun depan 5 ke 6 ??
...cer teka...cer teka...
 
----- hahahaha...xyah pening kepala nak pikir..semua ni rezeki dari Allah, apa-apa pon saya nak ucapkan..
 
"Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas dari kami sekeluarga =)"
 
 
Loves, 
MamaRaid

Sunday, June 29, 2014

Our Family Photoshoot

Memandangkan tahun ni semua beraya di rumah my mom dekat Selayang,,,
ibu abah plan nak buat baju sedondon utk semua..
senang leh buat frame tampal kat rumah sebagai kenang-kenangan..

kain sedondon beli kat China masa buat lawatan sambil shopping-shopping tempoh hari,,,
ala...masa yg i buat post makan-makan kat Aunty Aini tu...
haaa...masa lawatan tu la deme g beli baju sedondon tu...
(klik SINI if dah lupe)

Lokasi : Putrajaya
1st location dekat Mahkamah Putrajaya
2nd location dekat Hotel Pullman

Tarikh : 28.06.2014 (sehari sebelum puasa)
Masa : 9.00am - 12.00pm

our beloved ibu & abah

 Family Kaklong : dari kiri (Tanja, Abg Long, Kak Long & Atiqah)

Family Abg Awal : dari kiri (Iskandar, Abg Awal, Izham, Kak Nida & Irdina)

 Family Abg Iwan : dari kiri (Abg Iwan, Damia & Kak Maria)

My Family : dari kiri (Raid Adam, Mama, Raid Safwan, Papa & Raid Syazwan)

Family Caah : dari kiri (Azmil, Nuha & Caah)

 

gegirl only 



 boboboi pulak

Last but not least..gambar beramai-ramai....

 
*** Harga Pakej : RM280.00 (Frame besar + Album Story Book)

 if nak add frame family kena additional charges, xsilap RM60/frame..


 Loves, 
MamaRaid

Tuesday, September 24, 2013

**Wordless Tuesday**

Selayang mall malam tadi...

-----------------tiba-tiba...

raid : mama...mama...amik gambar raid..raid suka kereta nih..
mama : ok..abg posing nnt mama amik gambar



lepas tuh...dan...dan..adik adam pulak bersuara...

adam : mama...mama....gambar adam pulak..adam suka kereta nih...
mama : hahahaha...yer lah...yer lah....cepat posing,,,,


kemain budak-budak zaman sekarang...kecik-kecik dah pandai posing depan camera...klu kita dulu paling terror pon setakat buat peace je kat tangan...
klu yg jenis skema berdiri tegak amik gambar ala-ala tengah nyanyi lagu negaraku...ngeh..ngeh..ngeh...


---sekian---

Wednesday, September 4, 2013

Aunty Aini's Garden Cafe

 tada......
semalam kami datang sini... ber'dinner' di teratak aunty aini's


kunjungan kali ke-2 disini..
almaklumlah..jauh kan..xboleh la selalu datang..kena jimat cermat..minyak kan dah naik..huhuhu

gambar ihsan en.google...
sbb kami dtg waktu malam..jdnya gambar yg ada xberapa nak terang utk tatapan..kenalah guna khidmat en. google kita...huhuhu lagi
ayahanda yg berhati mulia sponsor makan malam kami..

sponsor ker??
eh..salah..yg sebetulnya sebab abg iwan dapat jawab soalan abah 
-------------> sempena proses pembukaan -----------di teratak bonda & ayahanda 
jadinya...sebelum rombongan en.arshad berangkat ke China esoknya..
eloklah ditunaikan janji utk belanja makan-makan..

caah yg dalam lambat-lambat gerak ke sini sbb nangis-nangis nk kene tinggalkan anak kt mil..
dia yg sampai dulu...baru tau rupenya lapar jugak masa nangis-nangis tadi kot...hahaha

tak sempat nak snap amik gambar makanan apa yg di order tadi...tau-tau jer dah habis..semua kelaparan rupenya...mana taknya dekat kol 10pm baru dapat amik dinner akibat jalan jem..makan pon rasa mcm xpuas jer...cer teka sapa yg makan banyak kat sini??


love this so much....sedapnya...


-------------------------------sebelum nak tutup cerita...jom kita layan gambar yg selebihnya









last but not least; 

my sons yg handsome & comel...(sambil angkat kening)


Thursday, August 29, 2013

Adam Warded

dekat 3 ari Adam demam tak kebah-kebah..
dah bawak g klinik tapi doctor xbg pulak antibiotik...
masuk ari ke-4 bila opahnya cakap Adam tak mo makan & minum susu 
terus mama & papa decide bawak Adam g spital..
mana lah tau kot-kot nanti doctor akan masukkan air..
sebab bulan lepas jadi macam nih jugak...cek darah & xray suma ok..
last2 doc masukkan air sbb tgk Adam mcm xbermaya jer
lepas dah masukkan air,,,esoknya terus Adam sihat...alhamdulillah

Tapi....kali nih kitorang g spital lain plak jadinya...
doctor suspect Adam kena jangkitan kuman kt paru-paru..
sbb doctor tgk Adam bernafas sangat laju..
as usual,,kena cek darah & amik x-ray...
tunggu punya tunggu....result keluar...Adam admit ward...ada jangkitan kuman..
dekat kol 11.10pm baru kitorang dapat katil kat ward tuh...
punya lah lama kena tunggu kat bawah tuh...



malam pertama di hospital : doc advice bukak baju tuh senang nak lap-lap bg panas kat badan cepat turun..

paginya bila mama datang melawat..kemain muncung merajuk nya..marah sbb bg adam tido hospital..
tapi....mama tau macam mana nak pujuk Adam..senang je caranya...


----------------------------------------tadaaaa,,,,,


ni lah ubatnya...umpan hp jer...terus main game..terus lupe merajuk 


malam ke-2...beransur pulih..sekarang doc nak make sure kuman betul2 xde baru boleh discas..


malam ke-3 : demam datang balik...siap tido kat katil pelawat,,katil dia sendiri ada xnak plak tido,,dah org yg jaga dia kena tido atas kerusi malam nih...hahaha

neb tetap kena amik..

**mula-mula hari pertama doc bg excuse sbb tgk adam meraung-raung xnak pakai..tapi bila doc check adam xde perubahan tu yg doc kata adam tetap kena teruskan amik neb..nangis pon nangis lah..janji cepat baik.. ni pon diam sbb nurse tunggu kat tepi..baru lah adam merelakan diri..hehehe

reaksi adam bila pakcik-makcik-nya datang melawat..malu xingat punya..ikut perangai sapa la nih..adeh..

****tapi Adam tetap tunggu kedatangan abg ujang...mana yer abg ujang xmuncul-muncul nih...kenapa yer??

Tarikh warded : 23.08.13 - 28.03.13
Hospital Selayangku Sayang....

sekilas pandang...lepas nih kena lebih berhati-hati..

Saturday, August 24, 2013

A&H 2013 : Sukaneka (Part 2)

waduh....waduh...
berjanggut betul nak menghapdate entry sambungan nih...
nak kata bz...xjugak...tapi rasa macam bz jugak la..
dengan nak closed akaun opis lagi...dengan nak tunggu ea form orang lagi...
Oppsss..ter cerita pulak..
rasanya orang tu tak reti kot baca-baca blog nih...peace

apa-apa pon candy crush tetap sempat jugak main...hahahaha <--------- span="" tiba-tiba="">

okey la,,kita back to tajuk atas key..

mula-mula kita cerita pasal game untuk kategori kanak-kanak 
(bawah 12 tahun)
sapa rasa bawah 12 tahun sila beratur yer...buat barisan...


1. pancing ikan (johan : Husna,,,naib johan : Raid Syazwan... ke-3 : Iskandar)
---pelik jugak raid boleh kalahkan abg kandar & abg izham disitu...lepas nih a.awal kena beli game tangkap ikan..boleh practise main kat umah nnt yer..raid dari kecik sampai skrg memang tu jer pon mainan dia kat umah..tu yg xde hal nk tangkap ikan banyak-banyak....

 2. Gegelung bola (johan : Izham,, naib johan : Husna...ke-3 : Sofea)
yg lain tuh penuhkan korum jer..bg chance main...padahal xkira pon 
especially yg kat bawah nih...

**mak bapak yang lebih-lebih...padahal budak-budak tu rileks jer main
**bab explanation pon mak bapa jugak yg lebih-lebih explain padahal anak-anak paham je arahan yg diberi...takut anak-anak kalah ler tuh...wahahaha

-----------------------------------------------------------------------------------------

untuk game orang dewasa pulak...
mula-mula macam biasa masuk barisan ikut kumpulan rumah masing-masing,,
dah masuk kumpulan kena wat tema trademark kumpulan siap-siap..
kat sini saya tepek untuk satu kumpulan je..kang kalau masuk semua kumpulan penuh lak entry nih dengan gambar je...so kumpulan yang bertuah tu ..........

 rasa apa...awreen...

acara sukaneka : 
1. gelecek bola...
- acara ni dimenangi dengan pemain tipu terbaik oleh kumpulan biru...
(berdoa je lebih,,,tapi main tipu...choii)



 2. lari dalam guni sambil bawa bola

 - acara nih pon main tipu..kumpulan yang main tipu dengan cepat & jayanya di menangi oleh kumpulan hijau...

kesian dekat kumpulan pink sbb setiap kali nak main tipu orang lain dah habis...


----protes dari kumpulan oren akibat dari ketidak puas hatian kepada kumpulan hijau & biru...
choiiiiii


 3. boling padang
---haaa...game ni xboleh main tipu..sebab sorang-sorang kena baling..
tu pon game ni bnyk jugak protes..sampai undang-undang baru terpaksa digubal di atas padang pada ketika itu juga..
--sapa amik buah kelapa terus dapat kosong...
cer teka kumpulan apa yg selalu dapat penalti untuk game nih????

cukup lah 3 game je pihak organiser buat...
poning diorang nak pastikan tiada penipuan dalam setiap game...

tp apa-apa pon ...organiser kali nih memang Tak Best...
bukan macam abg shamsir kat pangkor ari tuh kan???
xfrenly langsung...muka malas jer...
eiiiii...kitorang bayar tau...bukan Free..

last-last untuk tidak menghampakan ahli-ahli yg xpuas main 
akibat nak main tipu tuk menang kan kumpulan masing-masing..
makanya kita sendiri buat game...

"game baling kasih sayang..."
 atau nama straigh forwardnya baling telur...

(sila ke entry SINI)


------------------