CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 10, 2012

~~Ubat Cacing~~


Tadaaaa....

hasil rembetan lunch tadi...
~~~Ubat Cacing~~~

(mahal jugak ubat nih...satu tablet je RM8.80...Igtkan dalam kotak nih ada bnyk tablet..rupanya ada satu jer...tu yg rasa mahal...hehehe)

mana la tau....kot-kot diorang ni sakit sebab ada cacing..

Masalah Cacing, Pencegahan dan Rawatan

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Cacing yang Popular di Malaysia

  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..  

Tanda atau Gejala Jangkitan

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
  • Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
  • Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Demam, ruam-ruam badan, alahan
  • Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit) 

Pencegahan dan Rawatan 

Apa yang anda perlu buat :-
  • Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
  • Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah{mosimage}
  • Potong kuku pendek
  • Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
  • Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
  • Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
  • Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
  • Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
  • Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
 
"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya..


kredit info di ratuhati.com web ni memang banyak info untuk semua ye:)
http://ratuhati.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=871

Sunday, September 9, 2012

Alahai...anak mama....

sejak dua menjak nih..
anak-anak mama dok main pas-pas baton..


bila abang dah sihat...adik pulak ganti..
bila adik sihat..abang sambung balik...
haisssshhh...pusing kepala..

sampai 2 3 orang ingat perut mama ada isi..
ada ker sampai macam tuh sekali diorang pikir,,

cett....
xpatut...xpatut...

*******
*****
***
sambung balik cerita...

ni dah masuk round ke-3 diorang main pas-pas baton nih

adeh...apa lagi nak buat ek??

ada orang kata takut anak ada cacing..
tapi kalau nak diikutkan, rasanya syazwan xpernah pon makan ubat cacing
sekarang dah nak masuk 4tahun..

hrmmm....macam mana ek??

Saturday, September 8, 2012

Ahmad & Hamidah's Gathering 2012 (Part 5)

selepas aktiviti sukaneka...
peminat bola sepak masih lagi di padang main bola..
sama ada xpuas main sukaneka atau pon xpuas nak keluarkan peluh 
tengok team purple jugak kena gulai..xhebat pon diorang nih..


agenda petang adalah aktiviti snorkeling (pd yg berminat..)
yang mak-mak pulak aktiviti shopping jalan-jalan kat pekan pangkor tuh..
yang xnak joint dua-dua aktiviti nih boleh duduk bilik dan tido..
jadinya dalam bnyak-banyak aktiviti tu, i pilih tido...ZzzZZzzzZZZ

makanya gambar yang ada pon limited la..
harapkan jurugambar pos kat i jer la...


memandangkan i mengharapkan gambar dari jurugambar jer..
jadinya gambar mereka yg g shopping xdo..sbb jurugambar pilih pergi snorkeling...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sedar tak sedar dah 3hari 2 malam kami kat sini..
malam nih agenda terakhir sebelum kami berangkat pulang esok pagi...

BBQ & acara penyampaian hadiah bg yang menang..

***gambar makanan xde dikepilkan disini..tapi makanan kat hotel ni mmg tip top..5* 
sedap hingga menambah-nambah kitorang makan 

 a.heri & ujang ditugaskan utk menjadi mc pada malam tuh..
sakit perut dok gelak dengan ngomelan diorang nih...
mcam-macam loghat diorang cuba sampaikan kepada kami..
klu xpaham tu semua buat-buat paham je

antara peserta yang paling banyak mendapat hadiah...
mana tak banyak...kategori bawah 7 tahun..dia 2 orang je..
tak shirah menang..raid yang menang..
tak raid menang..shirah lah yang menang...

tahun depan saingan dah bnyk utk kategori nih...
nanti jangan nangis pulak kalau kalah yer =)


 ****tak sabar nak tunggu next gathering...
next ---------> chairman = Irzani Ibrahim
                        vice chairman = Roskhairizal Razali

hopefully korang berjaya merealisasikan our family gathering yg ke-3
 


 

Ahmad & Hamidah's Gathering 2012 (Part 4)

~~~~xoxoxoxoxo~~~
hari yang dinanti-nantikan...
..SUKANEKA TIME...
part ni yang i suka u olls...hahahaha

**pembahagian team sudah dibuat oleh pihak organizer sebelum datang sini lagi...
kata organizer, pembahagian team ikut kekuatan masing-masing..so katanya lagi xperlu risau team tu xkuat ke..team lagi satu kuat ke..sbb nya katanya lagi, diorang dah bahagikan team sama rata..sama kuat..sama lemah..semuanya sama level...katanya lah...

**TEAM PURPLE**
Belakang dr kiri : ayahcik, pakUlung, Ujang, a.Iwan & Hubby
Depan dr kiri :  Caah, Kaklong, k.Nida & Ety
 
semasa membocorkan pembahagian team..dikatakan bahawa team purple orangnya hebat-hebat...
sehinggakan pihak organizer dihentam teruk akibat ketidak adilan pembahagian kumpulan..
tetapi akhirnya...tak hebat mana pon...hahaha..korang dapat no. berapa ek ari tuh???

**TEAM YELLOW**
gambar tiada disebabkan kumpulan nih malu utk bergambar akibat kemerosotan dalam kumpulan
mendapat tempat paling corot sekali...hahaha...
main dadu beracun asik kebelakang jer..mcm mana nak menang..
 
its ok...next year please, sapa masuk team yellow make sure team ni tebus maruah balik k..
 
(ahli kumpulan yellow : Paksu, Kakcik, Fendi, a.Awal Duen, Mira, Ecah,Syuhadah & Mami)
 
**TEAM PINK**
juga tiada gambar dikepilkan oleh pihak jurugambar akibat ketidak puas hati 
mereka apabila team pink merangkul JUARA kumpulan 
pada awalnya team pink dikatakan team yang tidak perlu dirisaukan 
kerana  tidak akan menjadi saingan bg team-team yang lain...
siap ada lagu disediakan oleh kumpulan lain kepada kami...
"go Jambu...go Jambu...go...go...go.."

(ahli kumpulan : PakJang, Wanchu, Dania, Atiqah, Apis, a.Heri, a.Long, MakNgah & Me)
 
**alhamdulillhah dah 2x my team jd juara kumpulan

**TEAM BLUE**
Belakang dr kiri : Iman, MakJang, pakNgah, Zani, Azmil, Maria & k.Fiza
Bawah : Danial & Tanja

kumpulan ni sering dikaitkan dengan celaru...tahun lepas pon macam tuh
mungkin disebabkan kekeliruan mereka..tengok tu..amik gambar pon nampak celaru..
mana tak kena kutuk je...hehehe

gambar sekitar sukaneka berjalan yang dikendalikan oleh pihak hotel = abg shamsir
 
acara kanak-kanak bawah 12 tahun...
tapi bila tang bg hadiah wat 2 kategori..bawah 12tahun & bawah 7tahun..
supaya tiada yang menangis xdapat hadiah...walaupon kalah..hahaha

cer carik apa yang sama dalam 2 gambar di atas...cer carik...cer carik...
 
 
*****gambar peserta menari poco-poco xde la pulak..nak kena jurugambar nih..xwat keje..

walaupon hadiah hamper jer...tapi semangat kesukanan setiap pasukan wajib diberi pujian..
siap gado-gado xpuas hati..sib baik abg shamsir xmakan dgn rasuah yang diberi oleh mereka-mereka yang tak puas hati...hahaha

...akhir kata...Tahniah kepada kumpulan PINK...menjadi JUARA 2012
tahun depan xtau sapa plak yang menang...

Friday, September 7, 2012

Ahmad & Hamidah's Gathering 2012 (Part 3)

Agenda : Bacaan Yassin & Salam Aidilfitri mohon ampun dan maaf sambil kutip duit raya

Agenda dimulakan dengan bacaan yassin untuk arwah atok (Ahmad bin Budin) arwah nenek (Hamidah binti Siurup), arwah MakDeih (Idris bin Ahmad)..
"semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beiman...Amin.."
~~Al-Fatihah~~

 -----------------------------------------------------------------------

selesai bacaan yassin dan sebelum sessi salam-salam,
macam biasa setiap sorang kena buat ucapan..
kalau dulu yang dah kawin, ketua keluarga jer bagi ucapan,
maknanya bila suami dah cakap, isteri tak payah bagi ucapan..
TAPI...tahun ni ubah sikit...dua-dua kena berucap...ahhh...sudah..
lari macam mana pon..nyorok macam mana pon..alasan bagi macam mana pon 
tetap kena berucap...huhuhuhu

antara calon-calon yang telah berjaya mendapat undian tertinggi dengan ucapan masing-masing


Our Family 
Berdiri dari Kiri : Atiqah, KakLong, Maria, A.Iwan, A.Awal, K.Nida, Caah, Azmil. Adam + Mama, Syazwan + Papa & Tanja
Duduk dari Kiri : Iskandar, Abah, Ibu + Damia, Izam & Irdina

Last but not least...
kami bermai-ramai lagi dengan baju raya 2012



 (Tahun ni bukan setakat budak-budak kecik yang tak bekerja je dapat duit raya, starting tahun 2012 warga emas yang tak bekerja aka dah pencen pon dapat duit raya...wah,,,,bestnya!!)

***** agenda berakhir dekat pukul 12pagi...balik bilik terus tido..tapi yang nantan-nantan sibuk nk  g karaoke..lantak deme lah nak nyanyi sampai pukul brapa...yang penting keme kena tido awal..nak simpan energy utk game esok...yuhuuu..

Thursday, September 6, 2012

Ahmad & Hamidah's Gathering 2012 (Part 2)

hari yang dinanti-nantikan sudah tiba..
rombongan ahmad & hamidah akan bergerak ke pangkor island dari 
destinasi masing-masing...
ada yang datang dari jauh macam dari johor..yang dari dekat pon ada..dari parit
kali ni 1st keluarga wanchu joint family gathering ni...
welcome to our family gathering..

destinasi pertama sebelum sampai ke pangkor island.
kitorang sume dikehendaki berkumpul dekat jeti lumut
dalam pukul 1pm-2pm.. 
sapa lambat tinggal nanti tiket feri burn.pahtu kena beli baru pakai duit sendiri lo.
 (bak kata organizer..kemain eksyen dia..mentang-mentang la dia yang pegang tiket feri..
boleh lah eksyen tapi kalau saya yang pegang pon jadi eksyen gak...hahahaha
sbb nanti diorang ni terhegeh-hegeh datang...on the way..on the way...padahal kat umah lagi.tak ke sakit hati nanti...

 gambar jeti je ada...
gambar kami semua kat jeti takde sbb semua dok sibuk jaga bag masing-masing..(kes ikut pesan makNgah...)
bag pulak semua bawak macam nak duduk terus je kat pangkor island..besar-besar


pak jang aka tok uban..penceria suasana our family gathering

kami beramai-ramai bergumbira di atas bot tapi di luar bot..paham tak statement ni??
tak paham tak per la...janji saya paham...hahaha

semasa kami on the wat nak ke pangkor island..kami terserempak dengan sorang artis
yang tengah hangat sekarang..memang luck kitorang dapat jumpa dia time tu
dia pon very friendly layan kitorang...

ni lah artisnya...cer teka...cer teka sapa?? 


-----------------------------------------------------------------------

sesampai je kami kat hotel, kami di sambut dengan nyanyian selamat datang oleh pihak hotel
+ welcome drink..dapat air sirap selasih..bergelas2 kami minum
al-maklumla cuaca panas + penat angkut bag yg besar-besar tu... 




lepas dah puas melantak air sirap selasih tuh..
kita bergambar ramai-ramai dulu..sebelum organizer take over majlis..

....Us....
1. Fam. PakUlung : Razali, Mami, Roslinda, Zaidi, Irfan, Sofea, Rayyan, Roskhairizal, Haffizah & Ridwan)
2. Fam. PakNgah : Arshad, Noora'ai, Enie, Atiqah, Farhanah, Syawal, Arnida, Irdina, Iskandar, Izham, Hisyam, Rosmarrya, Damia, Rais, Ana, Raid Syazwan, Raid Adam, Azmil & Sarah
3. Fam. PakJang : Ibrahim, Rosmaider, Irman, Irwan, Irzani, Mira, Irmazeti & Irfendi
4. Fam. Kakcik : Saufi, Noor Asikin, Noh Hafiz, Aisyah Zalikha, Aisyah Shahira
5. Fam. MakDeih : Nor Liza, Ilya Syuhadah & Dania Damira
6. Fam. PakSu : Mohd Noor & Danial 

yang tak de dalam list : Kakgee & family, Abg Long (Ruslan) dan Pak Tam & Family


~~~Sekian~~~

Monday, September 3, 2012

Ahmad & Hamidah's Gathering 2012 (Part 1)

Disebabkan tahun lepas family gathering mendapat sambutan yang hangat dan meletops
so tahun 2012 ahli-ahli club mewajibkan family gathering ni diadakan setiap tahun
bagi mengeratkan hubungan sillaturrahim sambil bercuti jalan-jalan.

then, kali nih dijayakan oleh orang lain pulak iaitu 

Usaha Sama : 
Irmazety Ibrahim (President) aka ety+ Noor Asikin Ahmad (Advisor) aka kakcik

design baju kami....cantik tak??

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar..
mana taknya, semua diuruskan oleh pihak hotel..
so jadinya bayaran per head yang kitorang kena bayar jd mahal la
(tak ingat pulak brapa kena bayar,,lupe nak mintak resit kat urusetia time tu)
tapi nasib baik semuanya berbaloi....
dgn bilik sorang satu..makan pon sodap..
game yang diuruskan pon seronok...
en. shamsulllll....tetibe plak nama org ni muncul...



3 hari 2 malam 
Lokasi : Teluk Dalam Resort, Pangkor Island
Tarikh : 31.08.12 - 02.09.12

Monday, July 30, 2012

Jadi Kenangan


bila tengok gambar kat atas nih, tersangat la rindu nak menyusukan adam..
tapi apakan daya, susu mama mulai berkurang..
sekarang kalau susukan adam, mesti melecet + berdarah..
....................................................
kesian tengok adam, sbb terasa sangat adam tak bersedia nak terima susu FM sepenuhnya.
kalau uolls nak tau, setiap kali adam terasa lapar/dahaga, mesti cari mama dia..
pastu akan mintak nak susu mama..bila kita tunjuk tin susu
cepat-cepat dia geleng..then akan cakap balik "adam nak susu mama"

 *****so sweeett kan??****

ada sekali tu, adam siap mengigau, bila bagi botol susu mengamuk giler siap 
menangis macam kena dera jer..pastu pulak buat tunjuk perasaan, 
bila kita xbagi cikB, punyalah kentalkan diri, xnak dia minum susu FM tu.
sampai la dia tertido..teruk kan??
(tapi ada masa tu mama kuatkan semangat suakan jugak lah cikB ni..
menahan sakit jangan cakap lah..huhuhu)


------------------------------------------
sebenarnya setiap kali dia cakap nak susu mama, hati mama mesti tersentuh
mama hanya dapat nyusukan adam sampai dia berumur 1tahun 9bulan sahaja..
Oh tidak, ikutkan lagi 3bulan jer nak capai target 2tahun..
------
mesti mama rindukan saat-saat adam menyusu dengan mama...

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan

picture ihsan dr en. google

sedar tak sedar, esok da masuk bulan ramadhan..
(sahur nanti nak masak apa ek??any idea??)

mana yang xsempat ganti puasa tu, tahun depan jangan lupe ganti balik puasa

semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna kepada semua umat islam..diberkati dan diredhai ALLAH s.w.t..amin..
Salam Ramadhan :)

Sunday, June 3, 2012

Al-Fatihah

kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian abah merangkap abah mertua saya, 
HAJI ZULKIFLI BIN HAJI IBRAHIM@PILIE 
yang telah kembali ke rahmatullah pada 1/6/2012, 8.09 malam ( Jumaat ) @ LCCT
pada umur 68 tahun kerana serangan jantung.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Dari NYA kita datang, kepada Nya jua kita pulang.. Amin..
AL-FATIHAH.....


Wednesday, May 16, 2012

Limited Edition

akhirnya tercapai jugak hasrat nak makan set limited edition Mcdonalds ni...
apa lagi kalau bukan 
Chicken Foldover + Ice Cream Sundae Caramel...
M.A.R.V.E.L.O.U.S !!!!!

Tuesday, May 15, 2012

Mother's Day Celebration 2012

seperti yang kita sedia maklum, 
 Tanggal 12 Mei 2012 
(atau lebih tepat lagi, pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei) 
adalah tarikh sempena Sambutan Hari Ibu..
sedar tak sedar sudah 4 tahun diriku menjadi seorang Ibu..ececece

kali ni kitorang buat celebration sekali masa hantor rombangan meminang ujang...
bak kata diorang 2 in 1 function
bagi menghargai ibu merangkap makcik2 kitorang..
(MakLong, Ibu, MakJang (xde dalam gambar, duduk kt hotel sbb xberapa sihat), Kakcik & Maktam)
kek SR :Pecan Butterscotch

dari kiri : maklong, ibu,  maria & saya

lilin tu disyaratkan tiup sorang satu...jenuh ibu-ibu nak make sure masa tiup tu satu lilin je padam..hahaha...time ni kesian diorang, macam kena buli pulak... 

syazwan ngn shira pulak dok tunggu bila la turn diorang nak tiup lilin...alih-alih lilin semua da ditiup
sib baik xde yang melalak masa tuh..rasanya diorang da dapat terima kenyataan
bukan cake birthday diorang..hahaha

dah setel sessi tiup2 lilin,,session makan2 la plak..

Akhir Kata : 
Di kesempatan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu semua tak kira dimana pon korang berada
SELAMAT HARI IBU!!!!



Sunday, May 13, 2012

Ujang's Engagement Day


Alhamdulillah...akhirnya rahsia siapakah gadis 'sms' ujang telah terbongkar..
kalau nak tau, semua yang ikut rombongan ni tak sabar nak tengok siapakah gadis yang bertuah tu...
----->(punyalah berahsia tak ingat punye)

tapi tak boleh salahkan ujang sorang rasanya..kalau nak diikutkan, sebelum majlis pertunangan ni, boleh dikira brapa kali diorang g dating..
Nak berdating pon mest ada saudara-mara belah pompuan yang follow..
macam zaman cinta cintun orang dulu-dulukan...
hrmm..best gak gaya mcam nih.. 

apa-apa pon kami sentiasa doakan yang terbaik untuk ujang..
semoga ikatan korang sampai ke jinjang pelamin..
nanti da kawin ucapan lain pulak 

last but not least...
gambar kitorang plak posing ...ececece

dari kiri : saya, caah, tunang ujang  & kaklong

Monday, April 30, 2012

Sarah & Azmil



Tarikh Nikah : 20hb April 2012 @ 8pm
Tarikh Sanding : 21hb April 2012 @ Selayang Utama
Reception : 29hb April 2012 @ Serdang Jaya

Selesai sudah kedua-dua majlis kenduri adinda bongsu kami...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Terima kasih sangat pada mereka yang sudi datang untuk meriahkan majlis perkahwinan adik saya 

memang berehat panjang la rumah ibu abah lepas nih,,,
mana taknya adik beradik semua da selamat mendirikan rumahtangga..

***moga jodoh kami semua berkekalan dunia + akhirat**

Congrats both of u...
Selamat datang ke dunia baru...
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang berdua 
Dapat zuriat yg soleh & solehah
.....................................................................
 
 
 bersama saudara-mara - majlis resepsi

 just us...adik-beradik + ipar + anak buah

Sunday, April 22, 2012

Akhirnya..Penantian sudah berakhir..


 
..gambar credit to en. google...

patutla 2 3 ari nih rasa perut tak selesa jer..
rupenya mak nak datang bulan...hahahaha

sangat teruja wokey..mana taknya dekat setahun setengah xdatang bulan..
memang betul-betul penangan fully breastfeed adam...
masa syazwan dulu umur syazwan 8 bulan dah datang period..
kali nih sangat lambat..

so lepas nih den kena la berhati-hati,,,takut nanti ter..Accident pulak..
hancus planning nnt..

***apa-apa pon, if ditakdirkan kami dapat rezeki awal, kami terima & syukur sangat..
dapat bby GURL lepas nih mest syok kan...(gelak sambil angkat kening ke atas)

Wednesday, April 4, 2012

yeay!!!da sampai..


Alhamdulillah..berjaya jugak aku dapatkan benda alah nih..
lama dok ngidam nak cuba pakai benda nih..
nak tau apa dia...
Jeng....Jeng....Jeng...



NATURACTOR FOUNDATION

masa beli ni dapat harga promotion..pastu dapat sponge sekali..
jadi lah dari xde kan..hehe

Kenapa aku nak try benda alah ni??
cer baca statement nih...statement ni la yang buat aku nak cuba & try..

NATURACTOR???

Naturactor merupakan keluaran Meiko, daripada Jepun - bedak yang berasaskan tumbuhan organik. Ia mengandungi ekstrak bunga sakura. Bunga sakura merupakan bunga yang boleh memberi kebaikan kepada kulit kita. Antaranya adalah :

  
1. Membantu kulit menjadi lebih lembut 
2. Membantu menghidratkan kulit  
3. Mengurangkan masalah kulit ( Sesuai unttuk kulit berjerawat)

KELEBIHAN NATURACTOR???

- Anti kilauan/tidak berminyak
-100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
- Tahan sehingga 12 jam
- Tidak menutup pori-pori
- Digunakan oleh makeup artis professional & mak andam
-Kulit terasa ringan, tidak melekit & kelihatan gebu!
-Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan,photoshoot dll

Sunday, March 25, 2012

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Restoran Chef Zubir??Laman Grill??
kat sekysen 13??ada ker??xpernah tau pon??
Haaa...Haaaa...Haaa...
nampak sangat ketinggalan zaman aku nih kan??...
nasib baik lah, ada paksu yang sudi belanja kitorang makan
mula-mula plan paksu nak belanja makan seafood kat area subang, 
Alih-Alih kena tukar plan, sebabnya bukan senang nak P.O.W paksu niih.,,
so alang-alang nak belanja kena ar yang mahal-mahal kan...
ala...berapa la sangat...dari bayar duit TAX banyak-banyak...baik habiskan duit kat anak-anak buah...
Dari Depan
gambar-gambar sepanjang makan-makan tu maaf ler xdan nak snap..
paham-paham je la,,sibuk melayan anak-anak..xcukup tangan..
mana nak makan, mana nak suap, mana nak kejar diorang lari-lari..
Haisssshhh...sampai makan pon xde la feel sangat...tercekik-cekik ada la..
tapi lepas je makan kitorang sempat la pose bergambar dengan empunya kedai..
ni pon adik yg snap kan gambar kitorang..klu x, memang kirim salam jer la...hahahaha



Friday, March 16, 2012

sampai sini sahaja bertahan


akhirnya mama terpaksa pasrah...
di kala usia adam menjangkau 1tahun 4 bulan..
mama terpaksa merelakan adam minum susu FM

uwaaaaa......sedihnya..
maafkan mama yer adam..
adam kena minum susu FM bila mama takder bersama jer..
nanti bila ngn mama adam pulun betul-betul tau..
luv u so much..
luv abang syazwan too...
papa pon xdilupakan..
luv u so much...


(sweet memory time fully breasfeed adam..lagi 8 bulan jer lagi...mest mama rindukan every moments breasftfeed adam....so sweet =) )

Monday, March 5, 2012

BESARnya B.I.R.D !!!!

dasat betul tajuk entry kali nih..
ayat tak mo kalah..hahaha..

berbalik tajuk asal k, semalam bawak anak-anak jalan pergi sunway pyramid..
tiba-tiba jumpe patung angry bird, BESAR punya..
terus nak bergambar, ingat kan anak-anak berani..
tapi...cetttttt..
dua-dua penakut...abg syazwan lagi la..terus cabut lari jauh-jauh..
terpaksa la papa kejar, takut kang hilang pulak..
adam dah berserah je kat mama, sbb mama da tangkap dulu..hahaha

kuat adam pegang mama, rasa mcm da nak tertanggal tudung tu dia tarik
(mama yg Over-excited bergambar ngn angry bird..hehe)

mama : adam, macam mana bunyi bird??
adam : cit..cit..cit..
mama : pandai adam..
adam : muka senyum kambing bangga..
(tapi jumpe patung angry bird takut pulak...haish...)

Saturday, March 3, 2012

Sama TAPI tak Serupa

lawak-lawak...
ni lah keje 2 orang budak bila bertemu..
pantang nampak tudung mesti nak pakai..
then sibuk dok suruh orang tangkap kan gambar diorang,,
lepas tu pandai pulak tuh nak tengok gambar yang dah di snap tadi..

haish...
budak-budak zaman sekarang..cepat je belajar kan..

adam (kiri) damia (kanan)
dua-dua ni sebaya..adam lahir bulan 10 mia pulak bulan 11..

Wednesday, February 22, 2012

Apa benda ni???

mesti adam tertanya-tanya,,,
benda apa nih tertacak kat shopping complex??
sungguh menarik perhatian..
lama adam dok tenung benda nih...

ni namanyer snow man...

yang ni plak rusa...patung janggut panjang tu punya..

cantik kan??ada lampu-lampu...

Friday, February 10, 2012

Lunch for Today

menu lunch hari ini..
New YOrk Chicken...1901 HotDog
Air...Chatime : Choc Hazelnut..

Tahap kekeknyangan : 8/10
Jangka hayat Kekenyangan : pukul 4pm perut nyanyi lagu keroncong...

next time kena beli back up makanan siap-siap..
bagi mengelakkan kesulitan pada perut..

~~Zoo LangKawi~~

cuti panjang ari tu mama bawak anak-anak g bercuti ke Langkawi..
Yeay!!!! (mama plak over excited..hehehe)
1st day kat Langkawi maklong request nak g Zoo sbb pikir nak bawak syazwan + adam..
maklong cakap zoo kat sini lain dr yg kat kl tu...
nak tengok gelagat syazwan + adam...
cer tengok gelagat diorang...muka jakun (macam xpernah masuk zoo)+takut..
tak percaya???..jom tgk gambar kat bawah nih...

tgk muka adam & damia...sgt serius menengok binatang..

hahahahaha...yg ni tak boleh blah...
siap angkat kaki nak masuk dalam tuh..
konon-konon nak tangkap bangau tuh...hahaha...

Tengok burung @ RIO..
nampak dalam gambar macam berani..tapi sebenarnya TIDAK ok...
asyik pusing belakang jer tengok..sampai suruh pandang kamera pon xnak..
takut burung gigit dia la tuh..

see...betapa kuatnya adam memegang erat mama...sangat takut..
mesti adam pelik..hari tuh pergi zoo xmacam nih..
tp yang kali nih, lain sikit..

kat zoo langkawi nih kita digalakkan bagi makanan sendiri kat binatang..
Note : makanan disediakan oleh pihak zoo..kita hanya perlu sediakan duit...
RM6/pek makanan..


abang syazwan bersama burung..
ni jer gambar yang sempat diSnap..kalau ikutkan sepanjang dalam zoo ni
keje kitorang asik gelak jer tengok gelagak abg syazwan + adam + damia..
mula-mula jer excited nak pegang, nak tangkap..lama-lama jadi takut..
siap buat muka geli-geli lagi..
Tapi abg syazwan cakap nak pergi Zoo lagi..
nak pergi zoo kat sini...yang zoo lain tak nak sebab xbest..hahaha
so lepas ni kena ajak papa pergi sekali la..