CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 23, 2014

A&H 2014 : Family Day 2014

testing...testing...one two three 
cubaan...cubaan...satu dua tiga

dengar tak sebelah sana???
kalau tak dengar, angkat tangan...

ok...takde yang angkat tangan, maknenya LINE clear..cantik!!!

------ kita serahkan majlis ni pada president untuk acara seterusnya..


cobaan...cobaan... satu... dua.. tiga..
tiga... dua.. satu..

adoi!!letih la president ni asik test..test..test..
kan dah test tadi...bila nak start nih
semua dah tak sabar nak masuk agenda seterusnya

eheemm...ehem....
okey la...okey la...kita mulakan sekarang..

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah semua dah selamat sampai, walaupon 
ada yang sesat sebentar tadi...almaklumlah, 
keturunan kita memang tak dapat nak elak...kita g mana-mana
pon pasti ada yang akan sesat punya...

harap yang sesat tadi, tak kan serik untuk bersama-sama
kita tahun hadapan dengan organiser baru..

berbalik pada agenda kita, sila lihat lampiran yang dayang-dayang 
saya edarkan sebentar tadi...
sekarang agenda kita untuk buat pembahagikan kumpulan
mengikut tahap ke'terror'an melalui cabutan undi..

sila beri kerjasama bila dipanggil nama utk cabutan undi...

 seperti tahun sudah kita masih kekalkan 4 kumpulan..kalau dulu kita ada kumpulan BIRU, MERAH, KUNING & OREN

tapi kali nih...
kita buat kelainan sikit dari segi warna kumpulan 
untuk elakkan 'badi' bagi kumpulan yang asik kalah jer..hahaha

hasil inisiatif organiser, yang menitikberatkan keadilan
kitorang dah buat keputusan warna kumpulan tahun 2014 adalah
COKLAT, KELABU, HITAM & PUTIH


warna kumpulan pon dah lain, ketua kumpulan pon kami buat kelainan...
penuh dengan kelainan tahun nih...baru la syok...baru lah orang kata
Lain dari yang Lain...tak gitu korang??

Jeng...Jeng...Jeng...
Kali nih, Ketua Kumpulan terdiri daripada perempuan :
Coklat - Mak Ulung @ Mami
Kelabu - Kakcik
Putih - Mak Ngah
Hitam - Mak Jang

COKLAT

atas kiri (belakang) : Maksu, Pak Ulung & Apis
atas kiri : a.Azam, Mami (C), a.Awal, Atiqah, Amal & a.Iwan
duduk kiri : piah, husna, alia & k.fizah

 KELABU

berdiri kiri : Aisyah, Iman, a.Long, Ujang, Pak Jang, Kakcik (C), k.Marrya, Eti, Tanja, Irdina, Safwan, a.Rais & Adam
duduk : Fendi (sian dia duduk sorang-sorang, belum apa-apa lagi dah kena boikot dengan ahli kumpulan...sobs..sobs..)

PUTIH

 atas kiri : me, Mak Ngah (C), Dania, k.Nida, k.Gee & Nisa
bawah kiri : a.Heri, Pidot, Pak Su, Danial, Pak Tam & Duen

HITAM

atas kiri : Shuhadah, Ecah, Mak JAng (C), Zaman, Azmil, KakLong, Umi & Rai
bawah kiri : Irfan, Pak Ngah & Zani

------------------------------------------------------------------------------

pembahagian kumpulan dah settle,,,
kita sambung kelainan lain lagi masa telematch nanti...
Wah...Wah..memang banyak betul kelainan tahun nih...
terBaiklah comittee tahun nih...thumbs up!!!




Tuesday, August 19, 2014

A&H 2014 : Debaran Family Day

dag...dig...dug...
dag...dig...dug...
di dalam dada
jantung berdebar
hati berbunga....amboi....

cer teke...cer teke....sapa suka nyanyi lagu nih?? 
okey, xyah main teke-teke la...lambat sangat...kita dah nak masuk cerita hot nih
hari-hari yang ditunggu setiap orang...letih dah menghitung hari..
ada ker suruh main teka-teka lagi...xkena gaya langsung

gambar tidak pandai menipu, betapa eksaitednya setiap dari mereka untuk 
datang meraikan hari family day tahun ini..lagi-lagi di kendalikan oleh kami ber-4
(asik angkat bakul jer comittee tahun ni kan??)

konvoi beramai-ramai...takut sesat deme kata..biar sesat ramai-ramai, dari sesat sorang-sorang...

bila dah konvoi ramai-ramai...alamatnya asik berenti je la...
nampak R&R je ada je yang xkena...
~~~~~~masa tu la rasa dahaga sesangat
~~~~~masa tu la rasa perut lapar
~~~~~masa tu la tiba-tiba rasa nak kencing..
~~~~~~tapi yang xtahan tu dan-dan masa tu la pulak nak kira duit...


mungkin sebab lunch untuk hari pertama comittee tak dapat sediakan..
sebab tu la diorang ni asik nak menyinggah jer..
tapi...
bijak jugak diorang semua ni,,dah rancang awal-awal amik lunch kat mana..
siap menu assam pedas lagi...terliur cheq tengok

disebabkan tak sempat nak join matan-matan kat rumah sedara ayahcik..
(kena amik syuhadah & dania kat komuter...)
kitorang pekena nasi ayam kat R&R ayer keroh..kena isi perut dulu sebelum check in..
almaklum lah, makanan tak de kat hotel tuh..kena tunggu dinner baru ada..
yang lain macam mana??korang ok x???
 
 nampak sangat kelaparan tuh...sikit pon tak pandang kamera..
 
ok...bila perut dah kenyang sila teruskan perjalanan..lagi sikit jer nak sampai tuh...
harap-harap takde la yang jadi mangsa sesat..
 
eh...eh...tapi macam ada jer yang sesat nak datang sini...
jeng..jeng...jeng...
 
cer teka...cer teka..sapa yang sesat..hahahaha
harapkan GPS xprofesional memang macam tuh...kan dah sesat..
nasib baik xterus balik rumah jer...next time sapa yang sesat tu please follow konvoi beramai-ramai yer...untuk elakkan banana fruits two times...
 ************
yeay!!! dah sampai...


--------bila dah nampak banner ni, maknanya korang tak sesat a.k.a tak salah hotel
sila check in, dan amik kunci bilik ikut senarai bilik yang kitorang dah susunkan untuk korang semua....harap korang semua seronok & enjoy di sini...3hari 2 malam tuh


 susunan bilik setiap family...




#we was here...
kitorang da sampai...korang bila lagi??

loves, 
MamaRaid

Monday, August 18, 2014

A&H 2014 : Persediaan Gathering (Penamat)

Entry terakhir bagi kisah kami sebagai Comittee Gathering 2014

sebelum menutup tirai...tutup tirai ker panggil??macam salah je...
sebelum acara terbesar di jadikan cerita, 
last meeting Comittee Member telah diadakan
untuk mengelakkan segala kesulitan yang mungkin terjadi semasa hari kejadian


 ihsan en.google

 Lokasi : Hotel Gold Coast, Klang je...bukan yg kat Morib tuh..
Tarikh : 12.07.2014 (Sabtu)
Masa : Waktu Berbuka Puasa
Kehadiran : President + Comittee Member 
diiringi oleh Keluarga tersayang President & Apis (ganti eti bom bom)
Bayaran : terlupe nak tanya sbb ditanggung sepenuhnya oleh President tersayang..
(agak-agak next comittee member ada matan-matan macam kami tak??kalau xde memang rugi la korang...hahaha(gelak jahat) sebab kitorang ada...) 

Antara yang dibincangkan :-

1. Perbincangan bajet Family Gathering, hasilnya kami telah berjaya membawa duit baki kehadapan ke account Family Day akan datang setelah ditolak semua belanja yg terlibat dalam memastikan fam day berjalan dengan jayanya..
**Jumlahnya tidak boleh diwar-warkan kerana takut ada yang gigit jari..
2. Pemilihan ahli setiap pasukan yg di persetujui sebulat suara di buat melalui cabutan undi oleh kapten pasukan (Mami, MakNgah, MakJang & Kakcik)
3. Pemilihan warna pasukan (Hitam, Putih, Kelabu & Coklat)

reben yg akan digunakan oleh setiap pasukan nanti

4. Telematch - Dewasa (Dry Telematch) & Kanak-Kanak (Wet Telematch)
5. Acara kemuncak - Water Balloon.. hadiah menarik menanti di sana...kali ni tak tipu punya..
macam tahun lepas...
6. Baju Comittee untuk digayakan semasa acara penutupan...President maukan yang terbaik untuk comittee member walaupon terpaksa mengeluarkan bajet dari poket sendiri..
nak make sure dayang-dayangnyer kelihatan anggun, tertarik dan de bom bom
(agak-agak tahun depan korang dapat tak???hahaha...sakitla next president nanti)
7. Double confirm iternary family day sebelum di agihkan kepada semua


8. Pembahagian bilik - sumbat dan masuk...janji semua dapat tido

-----selesai-----

Puteri Resort Ayer Keroh Melaka.....mu tunggu kami datang....yeeeehaaa






Saturday, August 16, 2014

A&H 2014 : Persediaan Gathering (Part 3)


haiyaaaaa....dush...dush...

Paksu : alamak tak stabil pulak...
Azmil : lagi sekali...lagi sekali...ni mest sebab paksu makan bnyk sangat tadi ni,,
cakap je xsedap, tapi habis jugak..kan dah xstabil..
Paksu : Caaahhhh...cepat snap, dah stabil nih...
 
*** kami di sini : tak tau apa pesyen diorang berposing macam nih..
nak kata tiru gaya kungfu panda, mcm jauh lari nya...
ker panda yang patut tiru gaya korang mcam nih lepas nih???wakakaka

 tahun ni diorang telah di beri amanat utk beli hadiah gathering, terbang jauh dari China
sekarang kita dah xmain hadiah-hadiah hamper nih-------katanya lah,
bukan panda kat atas nih yang kata, tuan president lah yang kata...

DOLU-DOLU.....
hadiah : hamper
cara perlawanan : pasukan bermain mati-matian
hasilnya : sampai bergaduh-gaduh protes xpuas ati
contoh terdekat : baru acara bahagi kumpulan pon dah ada yang protes..
(ingat tak...ingat tak...hahahaha)
 kesimpulan : semua tak boleh terima kekalahan dengan hati terbuka, bajet semua terror

SEKARANG......
Hadiah : Terbang khas dari negara orang...
Pertanyaan : agak-agak korang macam mana lah gaya diorang main
hadiah hamper pon dah gadoh-gadoh...ni kan plak hadiah dari negara orang...
ish...ish...xsabar nak membayangkan nih...
Hasilnya : kena tunggu next entry ler...tu pon nak kena bagi tau ke??adeh...
contoh terdekat : belum dapat diketengahkan lagi...lambat nyer...(muka tak puas ati)
Kesimpulan : baik xpayah cerita...terus cerita kat next entry...hahaha

------------------------------------------------------------------------
 
Tarikh berlepas : 21.05.2014 (Rabu)
Tarikh pulang : 26.05.2014 (Isnin)

diorang pulang jer 26.05.2014, tapi barang hasilan semua diorang letak dalam kapal..
ada ke patut buat macam tuh..patut ker??
dah la barang naik kapal, dekat sebulan baru dapat dapat tengok hasil tangkapan...


apa nak buat, nasib badan...janji masa gathering nanti jangan xde hadiah sudah...
masak president kita tu nanti nak menjawab protes sorang-sorang

hasil tangkapan untuk hadiah family gathering tahun 2014


buat-buat bersabar...walaupon nampak kotak je sekarang nih,
tapi isi di dalam, barang tebaik dari ladang..
nanti kalau tak terbaik, korang carik 3 orang yang beli hadiah nih
mintak claim..saya & president xmo masuk campur..
watchaaaa....



Saturday, August 9, 2014

A&H 2014 : Persediaan Gathering (Part 2)

part hotel dah settle...tapi duit mcm biasa la kena collect dari setiap warga family...
sib baik tahun nih comittee cekap...(wakakkaka, angkut bakul lagi)
sbbnya bila preparation awal, collection duit jadi xde kelam kabut..
kali nih diorang leh wat 2x payment...nnt xde la rasa duit tu sekali hangus...xgitu??
ker korang rasa hangus jugak??adehhhh...(kena tulis kecik-kecik supaya org xnmpak sangat)

----------------------------------------------------------------------------------
bila titik dah panjang kat atas tu, maknanya dia suruh tukar cerita lain..
ok fine!!!!tukar cerita

next kita cerita pasal preparation baju gathering dulu..
macam biasa baju kita tempah dekat orang yang sama, memandangkan semua orang da 
selesa dengan material baju tahun-tahun lepas...so memang tender tempahan baju dapat kat orang yg sama
nasib baik harga xnaik...eh eh...naik jugak la, utk harga baju kanak-kanak...
of course saya perasan sbb saya kena bayar 3 orang tau...dulu RM12 tapi sekarang 
dah sama harga dengan baju orang dewasa...
(pelik kan, harga sama, tapi benang baju xsama pon dengan orang dewasa, mintak pencerahan sapa yang dapat tender baju gathering ni yer,,,korang pau lebih ek???? wahahaha)
 
first design utk family gathering 2014

design baju yang up to date...orang yg design baju ni pon tau isu semasa...wakakaka
tapi ini bukan pilihan kami...

Next please.....

 tadaaaaa...terbaik..thumbs up

.siap ada nama comittee lagi..
 motip letak nama comittee...gila glemer la, apa lagi...haippp..xmo..xmo..
jangan pikir serong kat comittee, 
motip letak nama comittee sbb senang nak tau sapa comittee yg in charge utk tahun ke-4..
nnt xde lah tertanya-tanya..
siapakah yang organise family day kat melaka ari tuh??
ala....sapa tuh...ala...si sapa nih...lupe plak sapa nama dia
seeeee...
haaaa..kan dah payah time tuh...bila dah tulis mcm nih...senang, xde yg kena pikir nanti..ngeh3

last but not least, gambar family our designer menggayakan baju family gathering


--***cantik kan!!!!
 
--------------------------- to be continued

Loves, 
MamaRaid



Friday, August 8, 2014

A&H 2014 : Persediaan Gathering (Part 1)

mintak nyawa,,,,mintak nyawa,,,

pening jugak jadi urusetia ni...ingatkan senang jer...
al-maklumla 1st time melibatkan diri dalam urus-mengurus nih..selama ni tolong-tolong je
nasib PMT & bom bom ada...nk tau sapa mereka klik SINI

diorang ni dah kira expert bab-bab jadi urusetia nih...saya jer yg konon-konon 1st timing...hahaha

ni pon terjebak sebab niat nak tolong@teman black father g survey hotel kat P.D je...
alih-alih terJadi comittee member...klu ikutkan memang menyesal follow ari tuh..
lepas nih tobat xnak jadi I FOLLOW...nanti terus jadi follower...wahahaha

1st check in - Eagle Ranch, Port Dickson
(memang xde rezeki nak bergathering kat sini sbb semuanya xboleh...
berkira sangat, semuanya nak dicas..
lagi pon person in charge dia eksyen sangat...
letih la mak nak deal ngn org macam nih...
macam hotel dia ada satu je kat dalam dunia nih....
ok fine!!!!kitorang xnak pilih)...

next cerita please.......


bermula la episod semua comittee bekejar-kejar mencari quotation dari hotel-hotel lain...
yang Bom-Bom punya cerita kita xyah cerita la...
tu biar dia cerita dalam blog dia...mcm mana dia cari quotation dia...hahaha

-------cari punya cari...At Last, kitorang jumpe, the best price utk Family Gathering 2014

PUTERI RESORT, AYER KEROH MELAKA
jauh sikit la dari Port Dickson
tapi yang penting person in charge dia frenly..senang nak deal..
mintak apa pon boleh...ececece...sorry...
tang ni bukan nak ayat lebih, wa xdapat apa2 pon..
wa pon bayar harga sama mcm semua orang...serius tak tipu punya...

view hotel puteri resort, ehsan en.google

Bayaran Family Day 2014
Hotel + Makan + Telematch + Hadiah + Baju
(2x Breakfast, 1x Lunch, 1x Dinner & 1x BBQ)
Dewasa : RM320.00
Kanak-Kanak : RM208.00

***lain-lain masalah teknikal biarlah menjadi rahsia comittee members jer...yg tu kitorang xleh share nanti di kata semua benda nak mengadu pulak kan..
Biarlah menjadi rahsia & kenangan kami bersama...
yang penting comittee member dapat baju free dari president tersayang ....

President dengan baju sponsor dari diri sendiri...
hehehe..us with baju sponsor..terbaik...TQVM black father..we love u much..much..much..
yang 2 org kt depan tu abaikan jer...diorg bukan comittee..hahaha

akhirnya berbaloi jugak penat lelah kami...dah la dapat baju free..
bil tepon pon president bayar...untung kan kita nih...

agak2 tahun depan presiden korang bagi tak macam nih kat comittee members???hahaha


Loves, 
Mama Raid



A&H 2014 : Pembuka Cerita

----> Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk meraikan family gathering 
Ahmad & Hamidah buat kali ke-4...

kali ni pembuka acara lain sikit sebab kali nih kita perkenalkan dulu comittee members yang akan memastikan family gathering ni berjalan dengan lancar....jeng...jeng...jeng...

Calon-calon committee tahun 2014 adalah....

----------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------
---------------------------------------------
---------------------------------
---------------
Oooopppsss...sorry

bukan calon-calon dah...terus dipilih...kalau xnak pon kene jugak buat keje...
Jadinya Committee Members A&H 2014 adalah terdiri daripada :-

tu dia...gambar president...
Baik Punya!!!! 

Pak Tam @ Black Father @ Pak Gok
(banyak betul nama glamer...betul gila kuasa president tahun ni...)


----- dan dibantu oleh dayang-dayang cun melecun..hehehe..
motip kena ada dayang-dayang cun?? 
klu korang nak tau salah satu sebabnya senang nak deal ngn hotel dapat harga murah..
tak percaya???cer korang try tahun depan...u/p comittee member tahun hadapan
kalau mahal pakej korang, sure comittee korang xcukup cun...hahaha
 
PMT = perempuan melayu terakhir...ntah mana yg akhir ntah..aku pon xtau
KG = Kak Gincu...ni lagi satu..gincu bukannya selalu pakai..mcm mana leh lekat kak gincu ntah..buta kot orang yg bg nama glemer kt dia nih...sapa ah yang bagi nama kak gincu kat diana??cer angkat tangan...meh nk choet sikit
Bom Bom = sempena quotation yg bom bom katanya...tapi sampai sekarang xdapat-dapat..ker ada dapat??pls update..mana tau leh guna utk comittee tahun depan...

Ok....settle pembuka cerita..kita sambung next entry..
Tengah pikir...next nak cerita pasal apa dulu...


Loves, 
MamaRaid