bila tengok gambar kat atas nih, tersangat la rindu nak menyusukan adam..
tapi apakan daya, susu mama mulai berkurang..
sekarang kalau susukan adam, mesti melecet + berdarah..
....................................................
kesian tengok adam, sbb terasa sangat adam tak bersedia nak terima susu FM sepenuhnya.
kalau uolls nak tau, setiap kali adam terasa lapar/dahaga, mesti cari mama dia..
pastu akan mintak nak susu mama..bila kita tunjuk tin susu
cepat-cepat dia geleng..then akan cakap balik "adam nak susu mama"
*****so sweeett kan??****
ada sekali tu, adam siap mengigau, bila bagi botol susu mengamuk giler siap
menangis macam kena dera jer..pastu pulak buat tunjuk perasaan,
bila kita xbagi cikB, punyalah kentalkan diri, xnak dia minum susu FM tu.
sampai la dia tertido..teruk kan??
(tapi ada masa tu mama kuatkan semangat suakan jugak lah cikB ni..
menahan sakit jangan cakap lah..huhuhu)
------------------------------------------
sebenarnya setiap kali dia cakap nak susu mama, hati mama mesti tersentuh
mama hanya dapat nyusukan adam sampai dia berumur 1tahun 9bulan sahaja..
Oh tidak, ikutkan lagi 3bulan jer nak capai target 2tahun..
------
mesti mama rindukan saat-saat adam menyusu dengan mama...